Abdul Hamid, Noorita (2005) Politik Melayu daripada perspektif Warta Negara 1945 / Noorita Abdul Hamid. Masters thesis, Universiti Malaya.
Abdul Hamid, Noorita (2005) Politik Melayu daripada perspektif Warta Negara 1945 / Noorita Abdul Hamid. Masters thesis, Universiti Malaya.
Abdul Hamid, Noorita (2005) Politik Melayu daripada perspektif Warta Negara 1945 / Noorita Abdul Hamid. Masters thesis, Universiti Malaya.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji Politik Melayu Daripada Perspektif Warta Negara pada tahun 1946. Dalam kajian ini dipaparkan pandangan-pandangan yang telah dicetuskan oleh Warta Negara mengenai penglibatan orang Melayu dalam politik pada tahun 1946. Tumpuan diberikan kepada rancangan Malayan Union 1946, Kongres Melayu Semalaya 1946 dan penubuhan UMNO. Ini memandangkan perkembangan-perkembangan tersebut adalah diantara peristiwa-peristiwa penting dan banyak mempengaruhi ams perkembangan politik Melayu. Penulis memilih tajuk ini kerana tidak ada kajian yang menganalisis perspektif Warta Negara mengenai politik Melayu dalam tempoh tersebut. Kajian mengenai persuratkhabaran Melayu dapat memberi gambaran terhadap sosiopolitik orang Mela}u dan kajian seperti ini akan dapat membantu kita mengetahui keadaan politik pada masa itu. Kajian ini dimulakan dengan latar belakang persuratkhabaran Melayu di Tanah Melayu dan diikuti dengan kajian mengenai pandangan Warta Negara terhadap Malayan Union. Bab-bab selanjutnya mengkaji Kongres Melayu Semalaya 1946 serta penubuhan UMNO dalam konteks politik orang Melayu daripada perspektif Warta Negara. Berdasarkan kajian ini jelas menunjukkan Warta Negara adalah akhbar yang paling lantang menyuarakan pandangan dan pendapatnya berkenaan politik Melayu pada tahun 1946 serta memberi sokongan yang kuat terhadap tindakan orang Melayu dalam usaha menentang Malayan Union.
Metadata
Sumber Maklumat: | UM Students Repository |
---|---|
Taksonomi: | Sistem Undang-Undang Melayu > Sistem Pemerintahan |
Bidang: | Ketamadunan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 11 Jul 2021 17:18 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Malays, Politics and government, History Malaysia, Politics and government, History, Warta Negara 1945 |