Othman, Nor Hafiza (2014) Rumah tiang dua belas Kelantan : satu kajian ruang rumah tradisional Melayu / Nor Hafiza Othman. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan.
Othman, Nor Hafiza (2014) Rumah tiang dua belas Kelantan : satu kajian ruang rumah tradisional Melayu / Nor Hafiza Othman. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan.
Othman, Nor Hafiza (2014) Rumah tiang dua belas Kelantan : satu kajian ruang rumah tradisional Melayu / Nor Hafiza Othman. Masters thesis, Universiti Malaysia Kelantan.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Perancangan ruang rumah tradisional semakin bercelaru dan hilang arah kerana masyarakat kini semakin tidak menghargai tradisi lama. Setiap reka bentuk hanya dibuat untuk meraih keuntungan menyebabkan hubungan alam dengan budaya semakin dilupakan dan tiada nilai kesejahteraan di dalam rumah. Keadaan in boleh menyebabkan identiti rumah Kelantan akan pupus sekiranya semua unsur-unsur baru diguna pakai tanpa mengambil kira nilai-nilai yang lama. Susunan ruang rumah tradisional Melayu banyak disesuaikan dengan gaya hidup penghuni, alam sekeliling dan nilai keagamaan. Walau bagaimana pun, tidak ramai yang mengetahui tentang konsep perancangan ruang yang digunakan di dalam rumah jenis Tiang Dua Belas Kelantan. Tujuan kajian ini bagi menjelaskan tentang kajian ruang rumah tradisional Melayu pada era tersebut terhadap rumah jenis Tiang Dua Belas Kelantan. Data diperoleh daripada 2 set lukisan terukur dari Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang melibatkan kajian kes terhadap rumah Tiang Dua Belas Nik Fatimah dan rumah Wan Mek. Metodologi kajian yang dijalankan adalah melalui analisis kandungan (content analysis). Daripada lukisan terukur, kajian kes dianalisis menggunakan kaedah kualitatif melalui pendekatan analisis deskriptif visual, penerokaan dan pentafsiran ke atas laporan data, lukisan, lakaran serta perincian yang diperolehi daripada dokumen tersebut. Hasil kajian telah menemui bahawa susunan ruang pada rumah kajian adalah melalui ruang jemuran atau lantai basah sebagai laluan utama. Berbeza dengan ruang rumah tradisional Melayu yang lain, laluan utama ialah melalui anjung atau serambi. Kajian juga mendapati reka bentuk susunan ruang adalah berdasarkan kepada estetik dan fungsi mengikut latar belakang atau citarasa penghuni. Kemudian diolah menjadi satu konsep di dalam reka bentuk mereka dari segi butiran,penggunaan bahan binaan dan warna. Sebagai contoh, penggunaan elemen semulajadi seperti motif tumbuhan dapat dilihat dengan jelas pada rumah kajian ini yang diolah menjadi ukiran dinding yang menarik selain berfungsi untuk pengudaraan dan pengcahayaan. Corak ruang juga menekankan konsep hubungan rapat antara tetamu dengan penghuni rumah kemudian diaplikasikan kepada ruang tersebut. Keputusan turut disokong dengan keterangan daripada dua pakar senibina tradisional Melayu. Oleh itu, setiap perancangan ruang adalah berdasarkan kepada peraturan-peraturan yang telah disesuaikan dengan gaya hidup masyarakatnya. Ruang tradisi adalah penyelesaian terbaik dalam pelbagai aspek dan masih relevan untuk diaplikasikan dalam arus perdana reka bentuk pembangunan.
Metadata
Sumber Maklumat: | UMK Institutional Repository |
---|---|
Taksonomi: | Warisan Melayu > Kesenian > Senibina |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 11 Jul 2021 17:15 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Rumah tradisional, Melayu, Ruang rumah, Tiang dua |