Abdullah, Suhanim (2002) Sistem pendidikan tradisional dalam peradaban Melayu : satu analisis / Suhanim Abdullah. Masters thesis, Universiti Malaya.
Abdullah, Suhanim (2002) Sistem pendidikan tradisional dalam peradaban Melayu : satu analisis / Suhanim Abdullah. Masters thesis, Universiti Malaya.
Abdullah, Suhanim (2002) Sistem pendidikan tradisional dalam peradaban Melayu : satu analisis / Suhanim Abdullah. Masters thesis, Universiti Malaya.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Disertasi ini mengandungi tujuh bab, dilengkapi dengan pengenalan dan kesimpulan. Bahagian pengenalan mengandungi idea-idea umum mengenai tajuk ini. Bab pertama membincangkan tentang konsep peradaban. Kemudian, bab ini memfokuskan pula tentang pendidikan tradisional Melayu yang telah dimanifestasikan dalam bentuk pemindahan kemahiran daripada generasi lama kepada generasi baru. Dalam bab kedua, kajian ini memberi penekanan kepada pendidikan Islam secara tidak formal di dalam masyarakat Melayu, dengan merujuk kepada Melaka. Perkembangan sistem persekolahan pondok sebagai evolusi sekolah mengaji al-Quran dibincangkan dalam bab ketiga. Kajian ini kemudiannya memusatkan perbincangan terhadap kemunculan institusi madrasah sebagai penyesuaian dengan dunia moden. Tajuk kelima membincangkan tentang situasi pengajian bahasa Melayu; keadaan pengajian bahasa Melayu pada masa silam dan perkembangan serta kemajuannya pada masa ini. Tajuk berikutnya mengandungi perbicangan tentang kesan pendidikan tradisional dalam kehidupan kita pada hari ini. Akhir sekali, disertasi ini disudahi dengan kesimpulan mengenai semua aspek yang telah dibincangkan.
Metadata
Sumber Maklumat: | UM Students Repository |
---|---|
Taksonomi: | Pendidikan Melayu > Sejarah Pendidikan Melayu Pendidikan Melayu > Sistem Pendidikan Pasca Kemerdekaan |
Bidang: | Pendidikan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 11 Jul 2021 17:12 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Education, Malaysia, History, Malays, Civilization, Sistem pendidikan, Peradaban Melayu |