Kim, Keum Hyun (1996) Konsep jadi orang dalam masyarakat Melayu : satu kajian kes di negeri Terengganu / Kim Keum Hyun. Masters thesis, Universiti Malaya.
Kim, Keum Hyun (1996) Konsep jadi orang dalam masyarakat Melayu : satu kajian kes di negeri Terengganu / Kim Keum Hyun. Masters thesis, Universiti Malaya.
Kim, Keum Hyun (1996) Konsep jadi orang dalam masyarakat Melayu : satu kajian kes di negeri Terengganu / Kim Keum Hyun. Masters thesis, Universiti Malaya.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kajian ini merupakan suatu percubaan untuk memahami konsep 'jadi orang dan proses-proses yang dilalui oleh orang Melayu, khususnya Melayu Kelulut,Terengganu, untuk menjadi orang'. Konsep 'jadi orang boleh digantikan dengan konsep 'jenis personaliti unggul' (ideal personality type) yang memaparkan kriteria dan garis panduan terhadap ciri-ciri individu unggul. Penyelidikan telah dilakukan dengan dua kacdah, iaitu pertama, memahami makna ungkapan-ungkapan peribahasa dan pantun Melayu yang mengandungi nilai-nilai dan gambaran jadi orang yang diwarisi turun-temurun di kalangan orang Melayu : dan yang kedua, melakukan kajian lapangan di sebuah kampung Melayu (Kampung Kelulut) di Terengganu untuk mengenalpasti nilai-nilai dan konsep jadi orang' yang kini dipegang oleh orang Melayu. Melalui peribahasa dan pantun Melayu, gambaran dan knteria tentang jadi orang dan tidak jadi orang telah ditunjukkan. Perbincangan seterusnya mengenai nilai-nilai jadi orang' dijalankan berdasarkan kepada enam kategori, iaitu nilai-nilai ekonomi, ilmu, kuasa, perpaduan, estetik dan agama. Tetapi, dalam komuniti Melayu Kelulut hanya tiga nilai sahaja yang diberi keutamaan, iaitu nilai agama, estetik dan perpaduan. Ini adalah kerana nilai ekonomi, kuasa dan ilmu sentiasa bertimbal-balik dan saling melengkapi dengan nilai agama, estetik dan perpaduan. Berdasarkan nilai-nilai dan kriteria tersebut, masyarakat Melayu Kelulut melalui proses sosialisasi dan pembentukan personaliti. Nilai-nilai dan kriteria terhadap jadi orang' diturunkan kepada anak-anak melalui proses 'jadi orang' yang juga merupakan proses pembentukan personaliti. Proses ini dipengaruhi oleh peranan ibu bapa, sebagai agen utama, yang mengawasi kaedah-kaedah yang berkesan mengikut masa dan tahap-tahap tertentu. Melalui konsep 'jadi orang tersebut, terserlah nilai-nilai orang Melayu sebagai garis panduan yang mereka ikuti dalam pembentukan personaliti anak Melayu. Lantaran itu, pengetahuan mengenai latar belakang, sifat, sikap dan tingkah laku orang Melayu adalah amat penting untuk memahami keseluruhan konsep dan proses 'jadi orang' di mana nilai-nilai murni diturunkan daripada generasi tua kepada generasi baru, Maka, maruah orang Melayu sebagai 'orang sentiasa terpelihara dan masyarakat Melayu wujud sebagai masyarakat yang harmoni dan bersatupadu.
Metadata
Sumber Maklumat: | UM Students Repository |
---|---|
Taksonomi: | Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Genetik Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Rumpun Melayu |
Bidang: | Asal-Usul Melayu : Sumber Genetik |
Tarikh Muatnaik: | 11 Jul 2021 17:12 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Personality and culture, Terengganu, Kampung Kelulut Malays, Terengganu, Kampung Kelulut, Attitudes, Masyarakat Melayu |