Abdullah, Mohd. Yusof (1997) Bangunan tradisional Melayu di Terengganu / Mohd. Yusof Abdullah. Masters thesis, Universiti Malaya.
Abdullah, Mohd. Yusof (1997) Bangunan tradisional Melayu di Terengganu / Mohd. Yusof Abdullah. Masters thesis, Universiti Malaya.
Abdullah, Mohd. Yusof (1997) Bangunan tradisional Melayu di Terengganu / Mohd. Yusof Abdullah. Masters thesis, Universiti Malaya.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Disertasi ini mengemukakan perbincangan tentang ciri-ciri bangunan tradisional di Terengganu.Ruang lingkup kajian dihadkan kepada penelitian dan perbincangan terhadap tiga iaitu jenis bangunan tradisional di Terengganu rumah, masjid, surau dan wakat. Perbincangan menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan konsep dan fungsi bangunan,teknologi, jenis-jenis bangunan, penggunaan ruang dan pemikiran orang Melayu berkaitan dengan bangunan. Kajian ini dibahagikan kepada tujuh bab. Bab pertama menyentuh rasional kajian dilakukan. Bab kedua menyentuh tentang konsep dan fungsi masjid dan surau, rumah dan wakaf. Bab ini juga menyentuh mengenai adat istiadat yang berhubung Bab ketiga menerangkan jenis-jenis bangunan dan bentuk-bentuk bangunan tradisional di Terengganu. Bab keempat menjelaskan tentang struktur, teknologi dan bahan yang digunakan pada bangunan tradisional. Dalam bab yang sama juga diterangkan tentang fungsi struktur, peralatan dan sistem penyambungan pada bangunan tradisional. Bab kelima membicarakan mengenai konsep dan fungsi ruang masiid dan surau, rumah dan wakaf. Bab keenam menerangkan hubungan bangunan dengan kehidupan masyarakat. Bab ini membicarakan pandangan masyarakat tentang unsur-unsur simbolik dan makna yang terdapat pada struktur dan komponen bangunan tradisional, Bab ketujuh merupakan bab kesimpulan.
Metadata
Sumber Maklumat: | UM Students Repository |
---|---|
Taksonomi: | Warisan Melayu > Kesenian > Senibina Warisan Melayu > Sejarah |
Bidang: | Ketamadunan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 11 Jul 2021 17:11 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Malays, Dwelling, Bangunan tradisional, Melayu |