Dan, Shuib (2005) Konsep alam pantun Melayu : analisis intertekstualiti / Shuib Dan. Masters thesis, Universiti Malaya.
Dan, Shuib (2005) Konsep alam pantun Melayu : analisis intertekstualiti / Shuib Dan. Masters thesis, Universiti Malaya.
Dan, Shuib (2005) Konsep alam pantun Melayu : analisis intertekstualiti / Shuib Dan. Masters thesis, Universiti Malaya.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kajian disertasi ini telah mengambil sebanyak seratus lima puluh rangkap pantun Melayu yang bertemakan agama sebagai bahan kajian daripada buku Kumpulan Pantun Melayu, oleh Zainal Abidin Bakar (peny), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1984. Pantun yang mempunyai keistimewaan tersendiri itu merupakan cerminan pemikiran dan corak kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Keupayaan pantun berperanan sebagai alat pengucapan agama dan akhlak merupakan sesuatu yang istimewa, kerana berperanan sebagai alat komunikasi masyarakat nusantara dalam pelbagai acara atau kegiatan mereka. Ajaran Islam dapat disampaikan secara halus melalui maksud pantun yang dicipta. Kajian jenis pantun yang bertemakan agama yang dikaji ini mempunyai hubungan dengan al Quran. Di sini ingin dijelaskan bahawa al-Quran merupakan sumber utama kepada pengarang dalam menghasilkan pantun yang bertemakan agama dan akhlak itu. Dengan menggunakan teori intertekstualiti yang diperkenalkan oleh Julia Kristeva, pengkaji cuba memperlihatkan pengaruh al-Quran dalam pantun Melayu. Penjelasan ini akan memperlihatkan wujudnya proses-proses transformasi. modifikasi, haplolog dan parallel, iaitu antara prinsip-prinsip interekstualiti yang sesuai digunakan dalam pengaplikasiannya ke atas pantun yang dikaji. Akhirnya nanti, dengan menggunakan teori intertekstualiti, penemuannya ialah "dalam sebuah teks terdapat beberapa buah teks".
Metadata
Sumber Maklumat: | UM Students Repository |
---|---|
Taksonomi: | Warisan Melayu > Kesusasteraan > Puisi > Pantun |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 11 Jul 2021 17:08 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Malay poetry, Islamic influences, History and criticism, Pantun, Melayu |