Ismail, Norhidayati (2013) Lambang dan kesantunan wanita Melayu dalam pantun / Norhidayati Ismail. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Ismail, Norhidayati (2013) Lambang dan kesantunan wanita Melayu dalam pantun / Norhidayati Ismail. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Ismail, Norhidayati (2013) Lambang dan kesantunan wanita Melayu dalam pantun / Norhidayati Ismail. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Corak kehidupan dan cara hidup wanita Melayu yang diamalkan pada hari ini dilihat amat berbeza dengan cara hidup yang diamalkan oleh wanita Melayu tradisi. Perbezaan zaman dan perubahan arus global telah menjana perubahan hidup wanita Melayu daripada zaman tradisi kepada hidup yang lebih moden sedikit sebanyak telah melunturkan nilai kesantunan yang pernah diperlihatkan oleh wanita Melayu terdahulu. Dalam meneliti dan mengangkat kembali kesantunan wanita Melayu ini, wadah puisi Melayu tradisional, iaitu pantun dilihat sebagai salah satu karya masyarakat Melayu yang tidak ketinggalan dalam membicarakan tentang kesantunan wanita Melayu. Pantun sebagai salah satu genre puisi Melayu tradisional yang di dalamnya terungkap segenap ruang kehidupan masyarakat Melayu juga kaya dengan kepelbagaian lambing memperlihatkan ketajaman pemikiran masyarakat Melayu. Kepelbagaian lambang yang wujud dalam pantun sebenarnya mewakili seluruh kehidupan masyarakat Melayu termasuklah wanita. Justeru itu, kajian ini akan menggunakan kaedah analisis teks pantun Melayu dengan menganalisis lambang wanita Melayu yang terdapat dalam pantun daripada Kumpulan Pantun Melayu, selenggaraan Zainal Abidin Bakar (1984) dan juga teks pantun Kurik Kundi Merah Saga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (2005). Berdasarkan penelitian dan analisis data kajian, sebanyak 150 rangkap pantun telah dijadikan sebagai data kajian dalam merungkai kesantunan wanita Melayu yang ditemukan dalam pantun.Dalam mengenalpasti dan menganalisis lambang wanita dalam pantun, pendekatan semiotik Pierce (1965) berlandaskan ikon, indeks dan simbol telah digunakan. Di sebalik lambang yang mewakili wanita dalam pantun yang ditemukan tersirat maksud yang ingin diketengahkan tentang keperibadian sebenar wanita Melayu terdahulu atau lebih tepat sebagai kesantunan.Oleh demikian, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis lambang wanita Melayu dalam pantun serta membincangkan kesantunan wanita Melayu dalam pantun. Kajian yang dijalankan ini juga sebagai salah satu usaha dalam mengupas semula nilai kesantunan Melayu tradisional bercirikan nilai-nilai Timur serta memperincikan lagi kajian sebelumnya yang menemukan lambang wanita dalam pantun. Nilai santun yang mungkin telah dilupakan oleh masyarakat Melayu masa kini telah dipaparkan oleh masyarakat Melayu khususnya dalam pantun untuk terus mengekalkan kesantunan wanita Melayu terdahulu supaya tidak dilupakan oleh generasi wanita pada masa kini. Kata Kunci: Wanita Melayu, pantun, lambang wanita, kesantunan.
Metadata
Sumber Maklumat: | UPM Institutional Repository |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Nilai-nilai Sosial Warisan Melayu > Kesusasteraan > Puisi > Pantun |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 11 Jul 2021 17:03 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Wanita Melayu, Pantun, Lambang wanita, Kesantunan |