Nik Azis, Nik Fazrul Azri (2017) Politik Islam dalam naskhah historiografi Melayu / Nik Fazrul Azri Nik Azis. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Nik Azis, Nik Fazrul Azri (2017) Politik Islam dalam naskhah historiografi Melayu / Nik Fazrul Azri Nik Azis. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Nik Azis, Nik Fazrul Azri (2017) Politik Islam dalam naskhah historiografi Melayu / Nik Fazrul Azri Nik Azis. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Politik Islam yang dilaksanakan dalam pemerintahan dan pentadbiran telah membawa kerajaan kesultanan di Alam Melayu mencapai puncak ketamadunan. Kedatangan para mubaligh dan ulama telah memperkukuhkan lagi kefahaman terhadap aplikasi politik Islam ini yang bersumberkan kepada al-Quran dan al-Sunnah Rasulullah SAW. Walau bagaimanapun, masih terdapat ruang dan kekeliruan dalam sistem politik Melayu tradisi dalam persoalan agama yang menjadi permasalahan terhadap dasar pemerintahan yang dilaksanakan di Alam Melayu. Oleh demikian, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis politik Islam dan menghuraikan implikasinya terhadap pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Melayu tradisi berdasarkan kepada naskhah kesusasteraan historiografi Melayu yang menerima pengaruh awal di Alam Melayu iaitu Hikayat Raja Pasai dan Sejarah Melayu. Seterusnya, analisis kuantitatif telah digunakan sebagai kerangka panduan untuk menyempurnakan kajian ini. Penelitian dan penghuraian terhadap prinsip atau dasar politik Islam dalam pemerintahan Melayu diaplikasikan dengan Teori Politik Islam yang dikemukakan oleh Yahaya Jusoh (2014). Kajian ini telah berhasil membuktikan beberapa penemuan melalui penelitian terhadap sebelas prinsip politik Islam yang telah dapat mempengaruhi politik pemerintahan kesultanan Melayu tradisi yang menjadi citra kepada kebudayaan Melayu. Dapatan menunjukkan bahawa kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memperkenalkan prinsip dan sistem politik yang baru kepada pemerintahan kesultanan Melayu tradisi di samping menegakkan hukum Islam dalam kehidupan masyarakat di rantau ini dengan bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah sebagai satu kuasa dalam menegakkan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan beraja di Alam Melayu. Gambaran dan pegangan ini menjadi masyarakat Melayu terus menjadi wadah membentuk norma dalam kebudayaan masyarakat Melayu.
Metadata
Sumber Maklumat: | UPM Institutional Repository |
---|---|
Taksonomi: | Kesultanan dan Pemerintahan > Islam Warisan Melayu > Sejarah |
Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 11 Jul 2021 17:02 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Islam, Historiography, Politik, Melayu |