Wan Ariffin, Wan Yon (2005) Kesultanan Melayu Brunei : kemunculan, perkembangan dan pertembungan dengan peradaban asing / Wan Ariffin Wan Yon. Masters thesis, Universiti Malaya.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kesultanan Melayu Brunei merupakan satu bukti hidup tentang kewujudan peradaban Melayu di Nusantara Alam Melayu sepanjang pentas pertembungannya dengan peradaban asing. Tulisan ini cuba untuk menonjolkan pelbagai elemen yang terdapat dalam kerajaan Melayu Islam Brunci sebagai simbol keagungan salah sebuah pusat Peradaban Melayu. Sebelum kemasukan tamadun luar, Brunei telahpun mempunyai asas kerajaan dan budaya yang tersendiri. Tulisan ini juga cuba menganalisis interaksi peradaban Melayu di Brunci dengan pelbagai peradaban yang datang. Sejak awal lagi ia telah berinteraksi dengan peradaban India dan China. Terdapat kesan hasil pertembungan dengan kedua peradaban tersebut. Kedatangan Peradaban Islam telah menjadi teras kepada Kesultanan Melayu Brunei. Di bawah pemerintahan beberapa sultannya seperti Sharif Ali dan Sultan Bolkiah, Brunei mencapai puncak ketinggian peradabannya. Pada masa itu jajahan takluknya meluas meliputi Sarawak, Pontianak, Sambas, Banjarmasin, Sabah, Kepulauan Sulu, Palawan dan Manila. Setelah itu Brunei telah berinteraksi dengan peradaban Barat. Hubungan Brunei dengan Barat melibatkan beberapa kuasa seperti Sepanyol, Portugis dan British. Pertembungan Peradaban Melayu di Brunei dengan pelbagai peradaban peradaban luar ternyata menyumbang kepada naik turunnya Kesultanan Melayu Brunci dan seterusnya memberi kesan dan pengaruh kepada kewujudan Kesultanan Melayu Brunei hari ini.
Metadata
Sumber Maklumat: | UM Students Repository |
---|---|
Taksonomi: | Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Etnik > Melayu Brunei |
Bidang: | Asal-Usul Melayu : Sumber Genetik |
Tarikh Muatnaik: | 11 Jul 2021 16:58 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Sultans, Brunei, History Brunei, Civilization |