Musa, Hashim (2019) Teknologi perkapalan Melayu tradisional: Jong dan Ghali meredah tujuh lautan / Hashim Musa. In: Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu 2019, Pepustakaan Negara Malaysia. (Submitted)

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Peradaban Melayu lama dengan lokasi petempatannya di kepulauan Melayu merupakan peradaban maritim sesuai dengan kedudukannya yang strategik di persimpangan jalan perdagangan laut antara dunia Barat dan dunia Timur. Lokasi petempatan dan pemerintahannya berpusat di bandar-bandar pelabuhan utama di wilayah ini. Sistem peniupan angin monsoon yang bertiup dengan berbeza arah pada musim panas dan musim sejuk dan ketiadaan angin pada antara dua musim itu, membawa kapal daripada arah yang berbeza-beza, dan semasa ketiadaan angin mereka terpaksa tinggal di pelabuhan yang memberi peluang bagi para pedagang untuk menjalankan urusan mereka. Kapal dan perahu tentu sekali memainkan peranan yang penting dalam suasana perdaganan maritim demikian, dan sejak awal lagi pedagang maritim Melayu telah menggunakan pelbagai jenis kapal untuk menjalankan perdagangan itu. Artikel ini akan menelusuri dua jenis warisan kapal orang Melayu yang digunakan dalam aktiviti perdagangan dan kegiatan maritim pada zaman lampau; iaitu Jong dan Ghali jenis kapal besar bagi penjelajahan di lautan luas dan antara benua.
Metadata
Sumber Maklumat: | UM Research Repository |
---|---|
Taksonomi: | Warisan Melayu > Kesenian > Senibina |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 18 Feb 2021 11:19 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Warisan bangsa; kepulauan Melayu; perdagangan maritim; angin monsun; jenis-jenis kapal tradisional Melayu; Jong; Ghali |