Hussin, Hasnah (1999) Peranan guru-guru Melayu dalam memajukan masyarakat Melayu, 1900 - 1941 / Hasnah Hussin. Masters thesis, Universiti Malaya.
Hussin, Hasnah (1999) Peranan guru-guru Melayu dalam memajukan masyarakat Melayu, 1900 - 1941 / Hasnah Hussin. Masters thesis, Universiti Malaya.
Hussin, Hasnah (1999) Peranan guru-guru Melayu dalam memajukan masyarakat Melayu, 1900 - 1941 / Hasnah Hussin. Masters thesis, Universiti Malaya.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Perkembangan pendidikan di Tanah Melayu sejak abad ke-19 telah melahirkan golongan intelektual di kalangan orang Melayu. Di antara golongan intelektual tersebut adalah guru-guru Melayu. Pada waktu itu, walaupun golongan ini tidak ramai, tetapi jasa dan sumbangan mereka terhadap agama, bangsa dan tanahair adalah sangat besar. Kajian ini adalah mengenai peranan guru-guru Melayu dalam memajukan masyarakat Melayu dalam pelbagai bidang sama ada dari segi politik, ekonomi, bahasa Melayu, pendidikan dan sosial.Peranan golongan ini perlu ditonjolkan kepada masyarakat umum agar mereka tidak memandang guru-guru itu dari sudut pengajaran dan pembelajaran semata-mata. Guru-guru Melayu mempunyai peranan dan pengaruh yang besar, khususnya dalam membawa kemajuan kepada masyarakat Melayu sebelum Perang dunia Kedua. Guru-guru Melayu yang sememangnya sudah didedahkan dengan pelbagai masalah yang dihadapi oleh masyarakatnya telah berkorban masa dan tenaga dengan melibatkan diri mereka bukan sahaja sebagai pendidik, malahan lebih dari itu. Masalah yang dihadapi oleh masyarakat Melayu di bawah penjajahan British telah menjadi topik perjuangan mereka. Antara isu yang dibangkitkan oleh guru-guru Melayu ialah mengenai pendidikan.
Metadata
Sumber Maklumat: | UM Students Repository |
---|---|
Taksonomi: | Pendidikan Melayu > Sejarah Pendidikan Melayu |
Bidang: | Pendidikan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 11 Jul 2021 16:41 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Pendidikan, Guru, Masyarakat Melayu |