Atan, Ernawita (2003) Konsep masa dan pemikiran Melayu tradisi dalam Bahasa Melayu klasik: satu kajian teks Sejarah Melayu / Ernawita Atan. Masters thesis, Universiti Malaya.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kajian ini mengemukakan satu analisis tentang konsep masa yang terdapat dalam bahasa Melayu klasik dan kaitan dengan pemikiran Melayu tradisi. Analisis yang dijalankan adalah berdasarkan kepada teks Sejarah Melayu. Perkataan dan ungkapan yang menggambarkan konsep masa dikumpul dan dikelompokkan mengikut kategori-kategori tertentu mengikut penyusunan Asmah Haji Omar (1994). Kemudian data tersebut dianalisis dan dikira mengikut peratusan dalam kategori masing-masing. Untuk mengaitkannya dengan konsep masa dan pemikiran Melayu tradisi, kajian ini merujuk kerangka teori Etnografi Komunikasi oleh Hymes (1971a), teori Analisis Wacana oleh Brown and Yule (1983) dan teori Halliday (1978). Seterusnya data akan dianalisis dengan menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perkataan dan ungkapan yang menggambarkan konsep masa dalam bahasa Melayu klasik masih digunakan dalam bahasa Melayu sekarang. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan gambaran perkataan dan ungkapan tertentu mengandungi perkaitan dengan masa.
Metadata
Sumber Maklumat: | Students Repository UM |
---|---|
Taksonomi: | Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Bahasa Melayu Pendidikan Melayu > Bahasa Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Dialek Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 25 Feb 2021 14:51 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Bahasa Melayu Klasik, Pemikiran Melayu, Sejarah Melayu |