Alizuddin, Nurul Ain (2015) Pantun Melayu: analisis ayat majmuk Bahasa Melayu / Nurul Ain Alizuddin. Masters thesis, Universiti Malaya.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Istilah sintaksis berasal daripada bahasa Yunani, iaitu sun yang bererti “dengan” dan tattein yang bererti “menempatkan bersama-sama”. Oleh yang demikian, secara etimologi, sintaksis dapat diertikan sebagai “menempatkan kata-kata secara bersamasama untuk menjadi kelompok kata atau ayat”. Kata suntattein ini kemudian menjadi istilah syntaxis dalam bahasa Belanda, dan syntax dalam bahasa Inggeris (Ahmad Khair Mohd Nor, 2003:2). Nik Safiah Karim et al. (2010:339) mendefinisikan sintaksis sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyususnan perkataan atau kelompok perkataan bagi membentuk ayat dalam bahasa. Bidang sintaksis membincangkan unsur utama ayat yang terdiri daripada kata frasa, klausa dan aspek pembinaannya, serta pembahagian subjek dan predikat.
Metadata
Sumber Maklumat: | Students Repository UM |
---|---|
Taksonomi: | Warisan Melayu > Kesusasteraan > Puisi > Pantun Ketamadunan Melayu > Warisan |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 09 Feb 2021 11:00 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Pantun Melayu, Bahasa Melayu, Warisan, Masyarakat Melayu tradisional |