Mohamed Sultan, Fazal Mohamed and Jalaluddin, Nor Hashimah and Radzi, Harishon and Kasdan, Junaidi and Suhaimi, Muhammad Faiz Aizzudin (2019) Dialek Melayu Perlis: Pemetaan Geodialek beraplikasikan GIS=Perlis Malay Dialect: Mapping of Geodialect Using GIS / Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Nor Hashimah Jalaludin, Harishon Radzi, Junaidi Kasdan & Muhammad Faiz Aizuddin Suhaimi. Akademika: Journal of Southest Asia Social Science and Humanities, 89 (2). pp. 139-154. ISSN 01265008/ 01268694

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Perlis ialah sebuah negeri yang unik kerana bersempadan dengan sebuah negara asing di utaranya iaitu Thailand dan dengan sebuah negara tempatan di selatannya iaitu Kedah. Kedudukannya yang unik ini turut memberikan impak kepada dialek Melayu yang dituturkan oleh penutur natif di Perlis. Justeru kajian ini akan cuba mengkaji taburan dialek Perlis serta sempadan dialek dalam negeri Perlis. Kajian distribusi dialek ini dikenali sebagai dialek geografi. Dialek geografi juga dikenali sebagai geodialek. Kajian ini mengenal pasti sempadannya melalui pemilihan taburan variasi leksikal di Perlis menggunakan teknologi Geographic Information System (GIS). Teknologi ini digunakan bagi melakar peta lengkap dan tepat yang mampu menghuraikan penyebaran dialek seterusnya membentuk peta isogloss yang lebih canggih. Teknologi GIS ini mempunyai kebolehan untuk memproses data raya serta berkemampuan untuk mengenal pasti dialek yang berbeza dengan tepat dan cepat walaupun kawasan itu luas. Kajian ini meneliti variasi bagi tiga butir leksikal yang melibatkan 660 orang responden di 18 buah mukim, merangkumi 66 buah kampung di Perlis. Responden ditemu bual bagi mendapatkan variasi bagi leksikal /punggung/, /baling/, dan /comot/. Kajian ini berjaya membahaskan satu penemuan baru bahawa terdapat beberapa variasi leksikal yang mewakili variasi dialek Perlis. Antara dialek yang dikenal pasti ialah Dialek Melayu Kedah dan Dialek Melayu Satun. Kajian ini juga Berjaya mengenal pasti subdialek Perlis yang hanya muncul di beberapa tempat sahaja berikutan kurangnya penutur subdialek ini. Selain itu, kajian ini membahaskan bahawa faktor-faktor penyebaran variasi dialek adalah dikaitkan dengan faktor sejarah dan faktor geografi.
Metadata
Sumber Maklumat: | eJournal UKM |
---|---|
Taksonomi: | Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Dialek Melayu |
Bidang: | Asal-Usul Melayu : Sumber Genetik |
Tarikh Muatnaik: | 25 Jan 2021 22:55 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Geodialect, Geographic Information System (GIS) , Perlis, Malay Dialect |