Wan Mahmud, Wan Nan (2000) Peranan sirih dalam kebudayaan melayu di Perlis / Nukilan : Wan Nan Wan Mahmud (Fawana). Jurnal Warisan Indera Kayangan, 12. pp. 43-46. ISSN 0128-1488

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
SIRIH ialah sejenis pokok menjalar. Ia boleh hidup subur di kawasan tropika yang memerlukan cuaca panas dan juga hujan. Dalam kebudayaan Melayu khasnya di Negeri Perlis, malah mungkin juga hampir sama berlakunya amalan demikian di negeri-negeri lain, di mana daun sirih begitu berperanan dalam amalan hidup seharian bagi sebilangan besar masyarakat pada zaman dulu. Mungkin juga hingga ke pada masa kini amalan makan sirih dan lain-lain peranan berasaskan sirih masih lagi diamalkan bagi sebahagian penduduk di negeri ini. Kalau rokok menjadi bahan hisapan yang menagihkan, maka amalan memakan sirih juga boleh dikategorikan sebagai makanan sampingan yang seolah-olah menagihkan. Untuk melengkapkan ‘sepiak’ sirih bagi sekali suapan, resepi yang harus diadun ialah sehelai daun sirih ( kalau kecil mungkin lebih dari sehelai ), sekacip pinang, sedikit kapur makan yang telah dibancuh pekat dan sedikit gambir. Semua bahan tersebut diletakkan ke dalam daun sirih; kemudian daun tersebut dilipat, seterusnya dimakan.
Metadata
Sumber Maklumat: | OPAC Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Budaya Melayu |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 26 Jan 2021 00:15 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Adat dan budaya melayu, Sirih, Amalan Hidup Seharian |