Tukiaman, Aznam (2000) Satu kajian tentang tikar pandan dan mengkuang dalam kehidupan masyarakat Melayu / Aznam Tukiaman. Degree thesis, Institut Teknologi MARA, Cawangan Melaka.
Tukiaman, Aznam (2000) Satu kajian tentang tikar pandan dan mengkuang dalam kehidupan masyarakat Melayu / Aznam Tukiaman. Degree thesis, Institut Teknologi MARA, Cawangan Melaka.
Tukiaman, Aznam (2000) Satu kajian tentang tikar pandan dan mengkuang dalam kehidupan masyarakat Melayu / Aznam Tukiaman. Degree thesis, Institut Teknologi MARA, Cawangan Melaka.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Tikar adalah hamparan yang diperbuat daripada daun pandan dan mengkuang yang dianyam dan digunakan sebagai alas untuk duduk, tidur dan lain-lain lagi. Anyaman tikar misalnya mempakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Oleh itu, penulis cuba untuk mengkaji hasil tikar anyaman yang diperbuat daripada pokok-pokok semulajadi ini iaitu dari daun pandan dan mengkuang. Pandan dan mengkuang adalah sejenis tumbuhan yang hidup subur di kawasan Mauritius iaitu di Lautan India, India Selatan, Siam, Tanah Melayu dan hinggalah ke kepulauan Pasifik. Di Malaysiatikar telah berkembang pesat selepas perang dunia ke- 2 lagi. Menyedari betapa pentingnya unsur dan elemen alam ini, maka wujud rasa kesedaran dan rasa minat pada diri penulis untuk tems mengeksplorasi akan hasil kraftangan tradisional iaitu tikar pandan dan mengkuang dalam kehidupan masyarakat Melayu. Kepentingan hasil warisan tradisi ini hams diolah kembali supaya dapat mengingatkan lagi betapa pentingnya hasil kraftangan masyarakat Melayu terdahulu. Penulis memilih tajuk ini adalah bertujuan untuk lebih memahami, mengetahui dan mendekati tentang sejarah, penghasilan tikar, bahan, teknik, motif yang digunakan, kegunaan dan lain-lain lagi. Ini memandangkan mungkin sebahagian daripada masyarakat kita sendiri tidak pemah mengambil tahu dan mengambil berat tentang perkembangan senireka yang terdapat pada tikar. Semasa menjalankan kajian, penulis telah menggunakan beberapa pendekatan iaitu kaedah pemerhatian dan temubual. Kaedah ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat yang terperinci dan mendalam akan tikar yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu. Penulis juga dapat mengkaji tentang kegunaan tikar pada masa dahulu dan kini. Walaupun ciri-ciri asalnya masih lagi tidak hilang tetapi kegunaannya telah diperkembang, diperluas dan diperbaiki dari semasa ke semasa. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab dan keutamaan bagi orang ramai untuk menyedari akan pentingnya tikar pandan dan mengkuang dalam kehidupan masyarakat Melayu. Secara kesimpulannya, penulis mendapati bahawa yang penting ialah kita sebagai generasi penyambung dan pewaris sepatutnya sudi menyahut cabaran nenek moyang kita. Kemajuan tidak hanya sekadar meniru sahaja yang dibawa oleh teknologi baru, tetapi akan diperoleh dengan menggali yang lama. Sebenamya kita boleh mempelajari pengalaman atau ilmu silam yang masih banyak rahsianya. Jika bukan kita siapakah yang akan membongkar rahsia itu. Adalah diharapkan agar hasil penulisan ini akan dapat membantu serta menjadi garis panduan kepada generasi akan datang untuk mendapatkan maklumat.
Metadata
Sumber Maklumat: | Institutional Repository UiTM |
---|---|
Taksonomi: | Ekonomi Melayu > Kegiatan Ekonomi Ketamadunan Melayu > Kesenian |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 26 Jan 2021 16:12 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Anyaman tikar, Kraftangan tradisional, Pandan dan mengkuang |