Nurkhazilah, Idris and Liza Marziana, Mohammad Noh and Muhammad Hasri, Abdul Rahim (2019) Konsep tauhid sebagai analisa kontekstual dalam reka bentuk Masjid Tengkera Melaka / Nurkhazilah Idris, Liza Marziana Mohammad Noh dan Muhammad Hasri Abdul Rahim. Jurnal Inspirasi Seni Intelektual (I.S.I). pp. 16-25. ISSN 2637-0115

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Artikel ini mengupas mengenai keindahan konsep tauhid yang merupakan tunjang kepada perkembangan idea dalam reka bentuk kesenian Islam yang secara langsung menjadi identiti warisan kebudayaan masyarakat Melayu. Konsep tauhid adalah merangkumi analisa kontekstual dan diikuti dengan analisa formalistik yang turut menyentuh kepada kajian perkembangan idea melalui empat proses kreatif iaitu imitasi alam semula jadi, stilisasi alam semula jadi, penyesuaian alam semula jadi, serta abstraksi alam semula jadi yangbertindak sebagai kerangka teori dalam kajian analitikal ini. Ia juga berperanan sebagai mekanisma penjanaan model identiti bagi gaya reka bentuk seni bina masjid di negeri Melaka dengan mengangkat Masjid Tengkera sebagai subjek kajian utama. Diharapkan penyelidikan ini menjadi medium pencerahan dalam mengetengahkan ideologi Islami sebagai teori asas pemahaman gaya dan apresiasi seni tradisional Melayu nusantara.
Metadata
Sumber Maklumat: | UITM IR |
---|---|
Taksonomi: | Islam dan Keintelektualan Melayu > Karya > Bidang Ilmu > Ilmu ‘Aqidah / Tauhid Islam dan Keintelektualan Melayu > Pemikiran Warisan Melayu > Kesenian > Senibina |
Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 14 Dec 2020 06:01 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Konsep tauhid, Kontekstual, Reka bentuk, Masjid Tengkera Melaka |