Noor Hafiza, Ismail and Azni Hanim, Hamzah and Mohd Fauzan, Mat Sari (2019) Keindahan ukiran kayu pada mimbar Masjid Terengganu pada tahun 2009 hingga 2014 / Noor Hafiza Ismail, Azni Hanim Hamzah dan Mohd Fauzan Mat Sari. Jurnal Inspirasi Seni Intelektual (I.S.I). pp. 81-95. ISSN 2637-0115

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Mimbar merupakan satu daripada perkara wajib ada dalam pembinaan masjid. Fungsi utama mimbar sebagai tempat menyampaikan khutbah pada setiap hari Jumaat. Kebanyakan reka bentuk mimbar dibuat bukan sahaja kerana fungsinya tetapi juga menitikberatkan nilai-nilai keindahan seni ukiran yang mempunyai ragam hias pada reka bentuk mimbar tersebut. Persoalannya, bagaimanakah reka bentuk dan reka corak ukiran pada mimbar masjid di Terengganu dihasilkan pada tahun 2009 hingga 2014 dan apakah nilai-nilai keindahan di sebalik ukiran kayu tersebut.Bagi menjawab persoalan kajian ini, kaedah kualitatif digunakan bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sempurna melibatkan kajian lapangan di Terengganu. Hasil dapatan kajian mendapati reka bentuk ukiran kayu yang dihasilkan menggunakan ukiran silat dan diolah separuh timbul dan tebukan tembus. Seterusnya hasil kajian ini juga mendapati di sebalik reka bentuk dan reka corak ukiran kayu ini tersurat dan tersirat nilai berhalus. Kajian yang dijalankan ini diharap dapat mempertahankan kesenian Islam Melayu dari kepupusan teknologi yang semakin berkembang maju kerana kejayaan sesuatu bangsa bergantung kepada kehebatan seni budaya bangsa.
Metadata
Sumber Maklumat: | UiTM IR |
---|---|
Taksonomi: | Kesultanan dan Pemerintahan > Islam Ketamadunan Melayu > Kesenian > Seni Ukir |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 14 Dec 2020 06:00 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Keindahan, Ukiran kayu, Mimbar, Masjid, Terengganu |