Saidah Haziqah, Salim (2013) Kota Johor Lama sebagai salah satu destinasi pelancongan warisan di Kota Tinggi Johor / Saidah Haziqah Salim. Project Report. Faculty of Architecture, Planning and Surveying, Institut Teknologi MARA, Shah Alam. (Unpublished)
Saidah Haziqah, Salim (2013) Kota Johor Lama sebagai salah satu destinasi pelancongan warisan di Kota Tinggi Johor / Saidah Haziqah Salim. Project Report. Faculty of Architecture, Planning and Surveying, Institut Teknologi MARA, Shah Alam. (Unpublished)
Saidah Haziqah, Salim (2013) Kota Johor Lama sebagai salah satu destinasi pelancongan warisan di Kota Tinggi Johor / Saidah Haziqah Salim. Project Report. Faculty of Architecture, Planning and Surveying, Institut Teknologi MARA, Shah Alam. (Unpublished)
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Pelancongan adalah aspek yang diminati di Malaysia. Bidang ini mempunyai permintaan yang ramai daripada banyak pihak termasuklah pelancong dari dalam dan luar negara. Pelancongan ini mampu mendatangkan pelbagai faedah dan kebaikan kepada semua pihak melalui pelbagai cara. Industri pelancongan ini merupakan salah satu industri yang menyumbang kepada ekonomi negara dan pembangunan setempat. Pembangunan pelancongan warisan di sesebuah kawasan memberi impak yang positif terhadap kualiti hidup serta kesejahteraan masyarakat. Justeru itu, pengenalpastian potensi pelancongan di sesebuah kawasan dapat membantu mewujudkan pelbagai peluang pembangunan menerusi industri pelancongan di kawasan tersebut. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui isu dan masalah berkaitan dengan tarikan dan kemudahan yang terdapat di Kota Johor Lama memandangkan kawasan ini merupakan pelancongan sejarah yang menjadi pusat pusat pemenrintahan Johor pada waktu dahulu. Kajian ini dijalankan bagi menjadikan pusat pelancongan Kota Johor Lama ini menjadi sebuah kawasan pelancongan sejarah yang terkenal di Negeri Johor. Aspek kajian yang ditekankan lebih kepada sudut fizikai iaitu tarikan sejarah di Tapak, kemudahan utiliti, serta kemudahan aksesibiliti yang disediakan untuk ke kawasan kajian. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan teknik dan kaedah yang bersesuaian bagi mencapai matlamat kajian. Kaedah yang digunakan ini adalah seperti kaedah pengamatan melalui pemerhatian dan soal selidik. Kaedah-kaedah ini digunakan bagi mendapatkan maklumat dan pandangan daripada pelancong seterusnya membantu kepada pembentukan analisis dan penemuan kajian. Analisis dijalankan terhadap maklumat yang diperolehi bagi mendapatkan gambaran sebenar berkenaan dengan masalah yang terdapat di pusat pelancongan ini. Penemuan kajian yang didapati merupakan isu dan masalah sebenar serta potensi yang boleh digunakan dalam peringkat yang terakhir iaitu peringkat pembentukan cadangan. Akhir sekali, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi mengatasi masalah-masalah yang telah dikenalpasti melalui penemuan kajian. Cadangan yang dikemukakan merupakan cadangan berbentuk penyelenggaraan, penambahbaikan dan pengkomersilan Kota Johor Lama diperingkat yang lebih tinggi bagi menarik pelancong untuk datang ke kawasan ini.
Metadata
Sumber Maklumat: | UiTM IR |
---|---|
Taksonomi: | Kesultanan dan Pemerintahan > Sembilan Sultan dan Raja-Raja Melayu > Johor Ekonomi Melayu > Kegiatan Ekonomi Warisan Melayu > Sejarah |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 01 Dec 2020 16:30 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Destinasi pelancongan warisan, Kota Johor Lama, Kota Tinggi Johor, Malaysia |