Nor Adina, Abdul Kadir and S. Salahudin, Suyurno and Sarah Dina, Mohd Adnan and Noorfazreen, Mohd Aris and Muaz, Mohd Noor (2017) Sejarah dan implementasi dekorasi cina dalam pembinaan masjid terawal di Melaka / Nor Adina Abdul Kadir … [et al.]. Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA, Cawangan Melaka. ISBN 978-967-0637-46-4

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Pengaruh seni bina cina ke atas senibina masjid bermula apabila petukang-petukang cina ikut datang membina bangunan-bangunan di Melaka pada zaman dahulu. Sejak awal bandar Melaka didirikan terjalin hubungan erat di antara Parameswara dengan Dinasti Ming di negara China. Pada tahun 1411, Parameswara telah pergi ke Peking sebagai kunjungan balas Laksamana Cheng Ho ke Melaka pada tahun 1409 dan jalinan kedua-dua negara ini telah memberi ilham dalam pembangunan Melaka. Masjid-masjid awal di Melaka berbentuk piramid bertingkat dan menara berbentuk pagoda yang melambangkan pengaruh cina. Antaranya, Masjid Kampung Keling Melaka telah berusia lebih 200 tahun dan permulaan masjid itu dibina atas kemurahan hati seorang hartawan Cina bernama Shamsudin yang baru memeluk Islam. Masjid yang dibina itu bukan sahaja mempunyai ukiran-ukiran cina tetapi turut memiliki komponen-komponen luar dan dalam masjid seperti menara dan pintu gerbang cina yang turut diimplimentasikan dalam seni bina masjid tersebut. Ini jelas memperlihatkan gabungan kebudayaan cina dan Islam dapat dihubungkan dengan mesra dan harmoni.
Metadata
Sumber Maklumat: | UiTM IR |
---|---|
Taksonomi: | Warisan Melayu > Kebudayaan Warisan Melayu > Kesenian > Senibina |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 01 Dec 2020 16:29 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Sejarah Islam, Dekorasi Cina, Pembinaan masjid |