Hyun, Kim Keum and Yoan, Rou Seung and Roshida, Hassan (2020) Nilai- nilai ekonomi dalam peribahasa dan pantun melayu / Kim Keum Hyun, Rou Seung Yoan & Roshida Hassan. Nilai- nilai ekonomi dalam peribahasa dan pantun melayu.
Hyun, Kim Keum and Yoan, Rou Seung and Roshida, Hassan (2020) Nilai- nilai ekonomi dalam peribahasa dan pantun melayu / Kim Keum Hyun, Rou Seung Yoan & Roshida Hassan. Nilai- nilai ekonomi dalam peribahasa dan pantun melayu.
Hyun, Kim Keum and Yoan, Rou Seung and Roshida, Hassan (2020) Nilai- nilai ekonomi dalam peribahasa dan pantun melayu / Kim Keum Hyun, Rou Seung Yoan & Roshida Hassan. Nilai- nilai ekonomi dalam peribahasa dan pantun melayu.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kebudayaan Melayu sering dilihat sebagai salah satu sebab utama kemunduran ekonomi Melayu dan ramai sarjana mengandaikan bahawa nilai-nilai tradisional Melayu membantutkan keinginan untuk mencapai keuntungan atau motif laba Qtrofit motive) dalam kalangan orang Melayu. Nilai ini .iuga dianggap sebagai menghalang orang Melayu daripada mengejar kekayaan dan membaiki kedudukan ekonomi mereka. Kertas kerja ini cuba mengkaji adakah benar nilai-nilai yang terkandung dalam tradisi lisan Melayu itu ketandusan nilai-nilai ekonomi dan menghalang cita- cita untuk maju. Beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh kertas kerja ini adalah seperti berikut: a) Benarkah nilai-nilai ying-terdapat dalari karya tradisi lisan Melayu ketandusan sama sekali nilai-nilai ekonomi yang relevan bagi pem'bangunan atau kemajuan?. b) Adakah benar bahawa nilai-nilai ini tidak berkemampuan menjadi asas refoimasi dalam kalangan mereka demi membaiki keadaan ekonomi mereka?. c) Adakah benar bahawa sistem nilai mereka lembam dan tidak mampu menjana suatu pandangan hidup dan keperibadian yang sesuai dengan kemajuan atau pembangunan moden?. Bagi menghuraikan persoalan- peisoalan ini. iertas kerja ini menggunakan hipotesis linguistic relativity (Sapir and Whor0. Kertas kerja ini meneliti nilai -nilai ekonomi Melayu dan pengucapan kebudayaan yang terkandun g dalam peribahasa dan pantun Melayu. Analisis ke atas nilai-nilai tradisional Melayu yang terakam dalam tradisi lisan berbentuk peribahasa dan pantun membuktikan baharva mereka tidak memupuk nilai-nilai ekonomi yang menghalang pembangunan orang Melayu seperti sering didakwa. Sebaliknya. nilai-nilai ini menunjukkan unrrrunsur rasional terhadap persoalan ekonomi dan kegiatan-kegiatan ekonomi. Pada keseluruhannya. nilainilai ini menekankan kepentingan harta atau kekayaan. kegunaan harta secara rasional. modal insan. usaha murni. tanggungiawab. gotong royong atau kerjasama ekonomi dan juga pembahagian tugas (division of labour). Kertas kerja ini mendapati bahawa dakwaan tentang 'hatangan/kek-urangan' nilainilai Melayu tradisional' itu pada keseluruhannya tidak berasas
Metadata
Sumber Maklumat: | OPAC UKM Institutional Repository (eRep) |
---|---|
Taksonomi: | Ekonomi Melayu > Sosio Ekonomi |
Bidang: | Ekonomi Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 18 Feb 2021 15:42 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Ekonomi melayu, Peribahasa, Pantun melayu |