Mohamad Sohaimi, Man (2017) Kepentingan pemuliharaan dan penyelenggaraan rumah tradisonal Melayu di abad kini / Mohamad Sohaimi Man. Idealogy Journal, 2 (1). pp. 2-13. ISSN 2550-214X
Mohamad Sohaimi, Man (2017) Kepentingan pemuliharaan dan penyelenggaraan rumah tradisonal Melayu di abad kini / Mohamad Sohaimi Man. Idealogy Journal, 2 (1). pp. 2-13. ISSN 2550-214X
Mohamad Sohaimi, Man (2017) Kepentingan pemuliharaan dan penyelenggaraan rumah tradisonal Melayu di abad kini / Mohamad Sohaimi Man. Idealogy Journal, 2 (1). pp. 2-13. ISSN 2550-214X
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kesedaran dan keperihatinan masyarakat Melayu terhadap warisan Rumah Tradisonal Melayu kini amat penting. Ianya penting untuk pengetahuan generasi kini sebagai bukti kecintaan warisan tradisi sejak dulu. Kepentingan menjaga hakmilik individu atau kelompok secara warisan perlu diberi perhatian wajar. Ini penting untuk menimbulkan rasa cinta dan teruja terhadap khazanah warisan bangsa Melayu itu sendiri maka ini akan mewujudkan kesedaran memulihara dan menyelenggara warisan untuk diwariskan kepada generasi akan datang. Kesinambungan sejarah dan warisan tidak boleh dipisahkan , sepertimana ungkapan Melayu “isi dan kuku” . Sehubungan itu, masih banyak lagi Rumah Tradisonal Melayu menonjolkan kewibawaan berpengaruh di kalangan warisan Melayu dan ini penting untuk diberi perhatian wajar dalam cara menjaga dan mengurus melalui kaedah yang sesuai dengan kehendak masyarakat sekarang. Umpamanya, pengetahuan terhadap rekabentuk pada rumah Melayu lama dan cara memulihara amat penting untuk diketahui oleh peringkat generasi supaya pengabaian boleh dielakkan berlaku pada pewaris atau generasi seterusnya. Oleh itu, bagi mengatasi pengabaian dan kepupusan hak warisan yang sedang berlaku, maka ianya memerlukan pengurusan bersistematik dalam memulihara dan menyelenggara sesebuah bangunan supaya tidak terabai dan pupus dari segi jangka hayatnya . Usaha ke arah perbincangan ini tertumpu kepada rumahrumah tradisi lama yang masih wujud dan dimilik oleh sesebuah masyarakat setempat. Perbincangan ini sebagai satu langkah untuk mengenalpasti punca berlakunya kerosakan fizikal disebabkan pengabaian atau keterpinggiran berpunca terbiar, tiada pewaris, tiada penyelenggaraan berterusan, atau sebagainya. Sehubungan dengan ini, perbincangan tajuk ini akan mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat Melayu kini untuk menjaga dan memulihara warisan senibina tradisional Melayu. Pihakpihak tertentu seperti Jawatankuasa Kemajuan Kampong (JKKK), Penghulu, Penggawa , Pejabat Daerah dan Tanah Negeri , Exco Pembangunan Negeri (SDO) dan Pihak Berkuasa Tempatan boleh berperanan untuk menangani pemuliharaan dan penyelenggaraan warisan tempatan dan membantu individu atau masyarakat setempat dalam mengurus. Sejurus itu, satu garis panduan baru dalam memulihara dan menjaga hakmilik Rumah Tradisional Melayu boleh diketengahkan di peringkat ummu. Ini boleh dicadangkan untuk dilaksanakan di semua agensi tempatan di serata negeri di Malaysia malah boleh melibatkan kerjasama dengan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan (KeKKWa). Ada kemungkinan satu peruntukan khas boleh dikemukakan dalam Akta Warisan Negara sedia ada untuk mencapai matlamat perbincangan ini.
Metadata
Sumber Maklumat: | UiTM IR |
---|---|
Taksonomi: | Warisan Melayu > Kesenian > Senibina Ketamadunan Melayu > Warisan |
Bidang: | Warisan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 30 Nov 2020 06:38 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Kepupusan hakmilik warisan, Pengurusan bersistematik, Pemuliharaan, Penyelenggaraan, Kesedaran individu, Masyarakat setempat |