UNSPECIFIED (2014) Tokoh Intelektual Melayu merentasi zaman.
UNSPECIFIED (2014) Tokoh Intelektual Melayu merentasi zaman.
UNSPECIFIED (2014) Tokoh Intelektual Melayu merentasi zaman.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
SEORANG pemikir Islam yang berani, progresif dan berkesan. Selain itu, ada juga pengkaji yang menyifatkan Syed Syeikh Al-Hadi sebagai reformis dan tokoh sastera Melayu. Walau apapun label yang diberikan, jasa Syeikh Al-Hadi kepada kemajuan Islam dan perubahan minda orang Melayu sukar untuk dinafikan. Kegigihannya dan semangatnya yang percaya bahawa Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan maju dan bukannya sekadar soal ibadat dan mati, terserlah mendasari perjuangannya sepanjang hayat meskipun ada ketikanya menerima tentangan yang amat hebat. Ahli akademik, Prof. Madya Dr. Fadhlullah Jamil berkata, Syed Syeikh Al-Hadi melihat berlaku banyak kepincangan dalam masyarakat Melayu yang disebabkan salah faham tentang ajaran Islam. Sehubungan itu, beliau berusaha mengubahnya menerusi pelbagai pendekatan sama ada dengan mengajar agama, membina madrasah, menerbitkan akhbar, majalah, buku agama dan novel.
Metadata
Sumber Maklumat: | Utusan Online |
---|---|
Taksonomi: | Islam dan Keintelektualan Melayu > Pemikiran > Klasik |
Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 23 Sep 2016 02:14 |