Idris, Aman and Norsimah, Mat Awal and Mohammad Fadzeli, Jaafar (2016) Imperialisme linguistik, bahasa Negeri Sembilan dan jati diri: apa, mengapa, bagaimana. Imperialisme linguistik, bahasa Negeri Sembilan dan jati diri: apa, mengapa, bagaimana, 4 (3). pp. 3-11. ISSN 2289-1706

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Telah diketahui umum bahawa masyarakat Negeri Sembilan dikatakan mengalami pengaruh budaya daripada luar, iaitu adat perpatih dari Minangkabau, Sumatera. Ekoran daripada itu, kini, wujud stereotaip dan salah faham tentang kaitan bahasa Minangkabau dengan bahasa Negeri Sembilan di kalangan masyarakat, seolah-olah berlaku gejala ‘imperialisme linguistik’. Mengambil perspektif know of what, why, and how makalah ini menerangkan konsep imperialisme linguistik, rasional konsep itu diuji terhadap bahasa Negeri Sembilan, dan kaedah ujian dilaksanakan, sebagai salah satu bahagian awal daripada sebuah projek penyelidikan fundamental dalam usaha membuktikan hipotesis bahawa walaupun daripada segi budaya, masyarakat Negeri Sembilan mengamalkan sistem sosial adat perpatih, tetapi daripada segi bahasa, masyarakat bahasa negeri tersebut tidak mengamalkan bahasa Minangkabau. Masyarakat bahasa Melayu Negeri Sembilanmempunyai identiti bahasa sendiri. Ini bermakna, walaupun budaya dan sistem sosial Minangkabau menguasai masyarakat Negeri Sembilan, tetapi tidak pada bahasanya atau dalam kata lain, bahasa Negeri Sembilan bebas imperialisme linguistik bahasa Minangkabau.
Metadata
Sumber Maklumat: | UKM Journal Article Repository |
---|---|
Taksonomi: | Pendidikan Melayu > Bahasa |
Bidang: | Ketamadunan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 16 Dec 2020 05:48 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Imperialisme linguistik; Bahasa Negeri Sembilan; Adat perpatih; Minangkabau; Jati diri |