Abdul Kadir, Nor Adina (2015) Konsep seni dalam Islam: satu sorotan / Nor Adina Abdul Kadir … [et al. In: 1st International Islamic Heritage Conference (ISHEC) 2015, 11-12 November 2015, Hotel Mahkota, Melaka. (Unpublished)

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kesenian Islam adalah unik dan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Ia terdapat dalam pelbagai cabang seni iaitu seni rupa, seni suara, seni pakaian dan seni kesusasteraan. Di setiap cabang-cabang ini, terdapat pelbagai pecahan yang menggambarkan bahawa Islam amat menitikberatkan fitrah manusia yang sukakan seni yang tidak bercanggah dengan syariat Islam. Bagi tidak mensasarkan umat Islam dalam melampaui batas sesuatu kesenian itu, para ulama telah memberi garis panduan agar umat Islam dapat menikmati kesenian tanpa melebihi had yang ditetapkan dan tidak menyerupai Barat di dalam menikmati kebudayaan dan kesenian mereka. Bagi cabang-cabang seni khususnya seni pakaian jelas menunjukkan bahawa Islam tidak menjatuhkan maruah umatnya dengan menyeru mereka supaya menutup aurat seperti yang ditetapkan syariat dan memberi peluang kepada mereka untuk berhias diri namun tidak melebihi had-had tertentu di samping mengelakkan mereka ditimpa mudarat dengan pelbagai penyakit serta melindungi diri daripada ancaman peperangan. Secara tidak langsung, kesenian Islam itu memperlihatkan kebijaksanaan para arkitek dan jurutera dalam membina sesebuah bangunan sekaligus menempa nama Islam di mata dunia dan membangunkan tamadun Islam ke kemuncak kegemilangan seperti di zaman dahulu. Ia juga menunjukkan kesatuan umat Islam yang tidak berbelah bahagi terhadap agama Islam itu sendiri.
Metadata
Sumber Maklumat: | UiTM IR SHAH ALAM |
---|---|
Taksonomi: | Islam dan Keintelektualan Melayu > Karya |
Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 18 Feb 2021 12:06 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Konsep seni; Islam |