Hazlin, Norhasliyana and Amri, Zainal and Haron, Hamdzun and Samian, Abdul Latif (2016) Sulaman keringkam : motif kemasan sisi beridentiti Melayu tempatan / Norhasliyana Hazlin Zainal Amri, Hamdzun Haron dan Abdul Latif Samian. In: Empowering Local Mind In Art Design & Cultural Herritage 3rd ISME International Colloquium 2016, 27 & 28 December 2016. (Unpublished)

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Keringkam adalah seni sulaman yang menggunakan benang pita logam yang bersalut emas dan perak serta disulam di atas permukaan kain lembut. Kehalusan dalam penghasilan seni sulaman Keringkam ini memerlukan ketelitian yang tinggi dan menggunakan kepakaran yang ada pada penyulam. Seni sulaman keringkam ini sudah menjadi identiti buat wanita Melayu sejak sekian lama di alam melayu iaitu di Sarawak, Kelantan dan Selangor. Setiap daripada negeri ini mempunyai identiti motif reka corak yang berbeza dan mencerminkan negeri dan identiti negeri masing-masing yang tersendiri melalui penggunaan motif flora dan fauna. Di Sarawak, seni sulaman keringkam ini sudah menjadi identiti masyarakat melayu Sarawak walaupun kurang dikenali namun masih dihasilkan secara kecil kecilan. Persoalannya bagaimanakah motif reka corak digambarkan dalam seni sulaman keringkam? dan mengapa ia menjadi identiti masyarakat tempatan? Bagi menjawab persoalan ini, satu penelitian dilakukan secara kualitatif melalui kaedah kajian lapangan iaitu pemerhatian artifak sulaman keringkam dan temubual bersama penyulam sulaman keringkam. Hasil kajian mendapati wanita melayu zaman dahulu sudah menerapkan unsur keislaman dalam pembuatan kesenian menggunakan motif flora dan fauna yang diolah menjadi abstrak. Kajian ini hanya memilih motif kemasan sisi iaitu pucuk rebung dan gunung beranak untuk dikenal pasti makna disebalik motif ini. Kemasan sisi ini memacu kepada makna simbolik melambangkan keperibadian, ketuhanan, ketakwaan, keserdehanaan dan kekeluargaan, dan kehidupan masyarakat melayu Sarawak. Kesimpulannya, hasil kajian ini harus dilihat sebagai satu sumber untuk meneruskan khazanah seni masyarakat melayu untuk dilestarikan dan dikekalkan pada generasi muda supaya tidak hilang ditelan zaman. Melalui kajian ini juga sulaman keringkam bukan sahaja terdapat di negara Malaysia tetapi negara lain iaitu Indonesia dan Brunei sekaligus dapat dikongsi dan mengeratkan lagi hubungan keserumpunan budaya melayu dalam seni tekstil dan busana serta adat alam melayu.
Metadata
Sumber Maklumat: | UiTM Institutional Repository |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Adat Istiadat Adat dan Budaya Melayu > Adat Resam & Tradisi Adat dan Budaya Melayu > Budaya Melayu Adat dan Budaya Melayu > Kesenian Melayu |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 18 Feb 2021 11:56 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Sulaman; Keringkam; Sarawak; Melayu; Malaysia |