Megat Latif, Hairuddin (2009) Undang-undang Islam dalam perlembagaan Malaysia: Kewajarannya berdasarkan faktor sejarah perundangan Tanah Melayu /Hairuddin Megat Latif. Journal of ethics, legal and governance, Vol.5,. pp. 22-47.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kehadiran Islam di Tanah Melayu bukan satu peristiwa yang mengambil masa yang pendek dan singkat. Ia adalah satu rekod sejarah yang amat panjang yang hampir mengambil masa kira-kira enam ratus tahun. Penerimaan orang Melayu terhadap Islam dizahirkan dengan mereka menjadikan undang-undang Islam sebagai Undangundang negeri seperti mana Melaka sebelum diceroboh oleh Portugis, Negeri Perak, Negeri Pahang, Negeri Johor dan Negeri Kedah sebelum dijajah oleh penjajah Inggeris. Kita sudah mendengar berulangkali tentang wujudnya Hukum Kanun Melaka, Undang-undang 99 Negeri Perak, Undang-undang Dua Belas Perak, Undang-undang Pahang, Al-Ahkam Alahdaliyyat dan Tembera Datuk Paduka Tuan. Semua undang-undang ini berdasarkan hukum syara’ beserta adat Melayu. Artikel ini menunjukkan kita mesti menolak hujah Hooker yang mengatakan “Undangundang yang terpakai pada orang Islam ialah ‘undang-undang diri’ iaitu dipakai atas dasar kepatuhan pada agama dan dalam hal-hal yang mempunyai aspek keagamaan.” Artikel ini juga membuktikan keputusan Suruhanjaya Reid memberi tempat dan status khusus kepada Islam adalah wajar dan tepat. Malahan penulis berpendapat Suruhanjaya Reid sepatutnya memasukkan satu perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang menegaskan undang-undang Islam sebagai undang-undang tertinggi di Persekutuan dan semua undang-undang yang berlawanan dengannya adalah terbatal.
Metadata
Sumber Maklumat: | Institutional Repository, Universiti Utara Malaysia |
---|---|
Taksonomi: | Sistem Undang-Undang Melayu > Sistem Perundangan |
Bidang: | Sistem Undang-Undang Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 18 Oct 2016 08:09 |
Kata Kunci: | Hukum Kanun, penjajahan Inggeris, Suruhanjaya Reid, Perlembagaan Persekutuan |