Mazlina, Baharudin and Azlina, Md. Sadik (2019) Bahasa merentas budaya: pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kepada pelajar Jepun / Mazlina Baharudin and Azlina Md. Sadik. In: International Innovation in Teaching and Learning 2019 & Language Education Conference (i-InTeLEC 2019), 17-18 April 2019, Rainbow Paradise Beach Resort, Pulau Pinang..

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Konotasi budaya dalam membincangkan perkembangan bahasa amat kritikal kerana mempunyai fungsi tersendiri dalam pembangunan sesebuah masyarakat. Bahasa mampu mengetengahkan sesuatu budaya kepada masyarakat global. Bahasa dikatakan terikat dengan budaya dan dizahirkan dengan cara yang agak kompleks. Bahasa berkembang dalam budaya yang kerap mempengaruhi tindakan sosial manusia. Sehubungan itu, dalam pengucapan lisan kewujudan unsur budaya kompleks masyarakat sasaran sering mempengaruhi konstruks bahasa. Kramsch (1998), menyatakan bahawa “bahasa menjelaskan kebenaran budaya” menegaskan lagi kewujudan sesuatu masyarakat, adat resam, sistem kepercayaan dan pengetahuan. Kertas kerja ini adalah satu usaha meneliti pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa yang disisipi budaya Melayu kepada penutur-penutur asing iaitu pelajar dari Nanzan University, Nagoya, Jepun sebagai responden yang mengikuti Program Bahasa dan Budaya Melayu di USM. Kertas kerja ini secara khususnya akan meneliti kurikulum khas yang dibangunkan untuk meningkatkan proses pembelajaran dan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan mereka. Tempoh pengajian mereka selama sebulan. Isi kandungan kurikulum khas yang dibangunkan akan diteliti untuk menentukan tahap pemangkin terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Dapatan awal menunjukkan keberkesanan aspek budaya dalam mengukuhkan penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar tersebut didapati memberangsangkan.
Metadata
Sumber Maklumat: | UiTM IR Shah Alam |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Budaya Melayu |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 06 Nov 2020 06:28 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Budaya, bahasa, Penutur asing, Kurikulum khas. Bahasa Melayu |