Janudin, Shukri and Yusoff, Zaimilah (2019) Tokoh Pahlawan Kedah; Dato’ Seri Paduka Raja Laksamana Wan Ismail Serta Perkaitannya Dengan Panglima Ismail Dan Panglima Tok Rashid; Panglima Pembawa Silat Cekak Dalam Persejarahan Negeri Kedah Sepanjang 1800 – 1925. Voice of Academia (VOA), 15 (3). pp. 72-95. ISSN 2682-7840

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Sejarah silam negeri Kedah hakikatnya telah melahirkan ramai tokoh pahlawan Melayu yang berperanan mempertahankan kedaulatan negeri dari pencerobohan musuh-musuh, yang mana ilmu persilatan digunakan sebagai sebahagian dari alat peperangan. Kertas kerja ini akan membincangkan peranan Dato’ Seri Paduka Raja Laksamana Wan Ismail yang dikaitkan dengan Panglima Ismail serta Panglima Tok Rashid yang terkenal mengamalkan Silat Cekak dan digunakan bagi mempertahankan kedaulatan negeri Kedah seawal abad ke 19. Namun kekurangan kajian komprehensif mengenainya menyebabkan peranan mereka jarang diketahui. Justeru kajian ini berusaha menjelaskan perkaitan peristiwa-peristiwa sejarah yang melatari negeri Kedah antara tahun 1800 hingga ke tahun 1925 bagi membuktikan peranan mereka sebagai panglima kanan dan pembawa ilmu persilatan Silat Cekak. Sepanjang tempoh tersebut pentadbiran tradisional negeri Kedah telah mengalami banyak perubahan terkesan dari campurtangan para penjajah. Kajian kualitatif bertemakan sejarah ini menggunakan kaedah trigulasi yang menggabungkan kaedah pemerhatian dan temuramah di lapangan sebagai sumber primer serta analisa dokumen sebagai sumber sekuder. Segala maklumat diperolehi telah dianalisa melalui perbandingan periksa balas dan periksa silang dengan maklumat-maklumat sekunder seperti dokumen, artikel, tesis, jurnal dan laman-laman sosial. Hasil analisa merumuskan terdapatnya perkaitan Laksamana Wan Ismail dalam sejarah negeri Kedah dengan keberadaan Panglima Ismail dan Panglima Tok Rashid yang mengamalkan ilmu Silat Cekak di akhir abad ke 18 dan awal abad ke 19.
Metadata
Sumber Maklumat: | Voice of Academia (VoA) - UiTM Cawangan Kedah https://voa.uitm.edu.my/v1/ |
---|---|
Taksonomi: | Ketamadunan Melayu > Kebudayaan Ketamadunan Melayu > Kesenian Ketamadunan Melayu > Pejuang Melayu > Sebelum Kemerdekaan Ketamadunan Melayu > Warisan |
Bidang: | Ketamadunan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 05 Nov 2020 12:19 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | sejarah, panglima, Kedah, kedaulatan |