Saari, Haslindawati and Abd. Manaf, Azmah and Kadir, Norizan (2020) Pentadbiran Negeri Kedah Berdasarkan Surat Raja-Raja, 1882-1911. SEJARAH: Journal of the Department of History, 29 (1). pp. 18-40. ISSN 2756-8253

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Makalah ini bertujuan mengkaji kepentingan Surat Raja-Raja (SRR) kepada pentadbiran negeri Kedah dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Keistimewaan sumber bertulis ini ialah catatannya mengenai Kesultanan Melayu Kedah yang berada di bawah dua kuasa asing iaitu Siam dan kemudiannya, British. Berdasarkan penelitian terhadap 1083 pucuk surat yang terkandung dalam koleksi ini, pelbagai isu dan konflik yang melanda Kedah untuk tempoh 1882 hingga 1911 dikenalpasti dan dianalisis. Penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri (MMN) pada 1905 menyaksikan institusi ini sebagai saluran penting untuk Siam dan British (1909) terus mencengkam politik, ekonomi dan sosial Kedah. Maka, makalah ini bermatlamat untuk melihat sejauh mana koleksi SRR dapat diketengahkan sebagai dokumen yang dapat membincangkan hal ehwal pentadbiran negeri Kedah. Penyelidikan menerusi kaedah kajian arkib ini menganalisis dokumen-dokumen yang terdapat Arkib Negara Malaysia, Perpustakaan Hamzah Sendut I dan II, Universiti Sains Malaysia, Perpustakaan Awam Alor Setar dan lain-lain lagi. Dapatan kajian mendapati, SRR merupakan sumber tempatan yang dapat memberi keseimbangan atau maklumat baru seperti realiti kehidupan masyarakat Kedah yang amat kurang dilaporkan dalam laporan-laporan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak British.
Metadata
Sumber Maklumat: | (Open Access) SEJARAH: Journal of the Department of History Faculty of Arts and Social Sciences University of Malaya |
---|---|
Taksonomi: | Kesultanan dan Pemerintahan > Dokumen Diplomatik Kesultanan dan Pemerintahan > Institusi Kesultanan Kesultanan dan Pemerintahan > Sejarah Kesultanan dan Pemerintahan > Institusi Kesultanan > Sejarah |
Bidang: | Kesultanan dan Pemerintahan |
Tarikh Muatnaik: | 02 Nov 2020 09:20 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Surat Raja-Raja (SRR), Pentadbiran, Kesultanan Melayu Kedah, Majlis Mesyuarat Negeri, Realiti Kehidupan |