Mohd Zain, Helmey Zainee and Zakaria, Zuraihan (2014) Program literasi Bahasa Melayu murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Tiong, Kota Bharu Kelantan. Academic Series of Universiti Teknologi MARA Kedah, 9 (1). pp. 55-65. ISSN 1985-5079

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Literasi bahasa ditakrifkan sebagai kemampuan minimum untuk membaca dan menulis dalam sesuatu bahasa. Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu mendefinisikan seseorang yang mempunyai keupayaan literasi ialah seseorang yang dapat membaca dan menulis sesuatu pernyataan yang pendek dan mudah dalam kehidupan hariannya. Satu program literasi bahasa Melayu telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Tiong Kota Bharu Kelantan oleh tujuh orang tenaga pengajar dari Pusat Pengajian Bahasa Literasi dan Terjemahan, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan. Seramai 15 orang murid tahun tiga yang menghadapi masalah dalam penguasaan pembacaan dan penulisan dalam bahasa Melayu telah dipilih bagi menyertai program ini. Program ini telah dijalankan selama dua tahun iaitu pada tahun 2011 dan tahun 2012. Fokus utama kajian adalah untuk menganalisis keberkesanan program ini. Oleh itu dapatan kajian dapat memberi petunjuk tentang keberkesanan program literasi bahasa Melayu yang telah dijalankan terhadap 15 orang murid tahun tiga Sekolah Rendah Kebangsaan Tiong, Kota Bharu.
Metadata
Taksonomi: | Pendidikan Melayu > Bahasa Pendidikan Melayu > Pencapaian |
---|---|
Bidang: | Pendidikan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 02 Nov 2020 06:50 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Literasi, Literasi Bahasa Melayu, Bahasa Melayu, Murid tahun tiga, Program literasi |