Liza Marziana, Mohammad Noh and Nurkhazilah, Idris and Khairunnisa, Mohd Abdul Ghani (2019) Gagasan Melayu dalam seni catan dekoratif wanita tempatan / Liza Marziana Mohammad Noh, Nurkhazilah Idris dan Khairunnisa Mohd Abdul Ghani. Jurnal Inspirasi Seni Intelektual (I.S.I). pp. 34-43. ISSN 2637-0115

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Manifestasi Melayu telah digagaskan oleh seniman wanita Melayu menerusi kesenian sejak berabad lamanya. Gagasan Melayu boleh diungkap disebalik songket, seni tekat atau seni tembikar malah menerusi seni visual moden turut dimanifestasikan oleh seniman wanita. Nilai-nilai seni dan budaya tradisi serta agama dijelmakan sebagai lambang kepada Melayu menerusi karya-karya seni catan jenis dekoratif oleh seniman wanita tempatan. Kajian ke atas gagasan Melayu menggunakan kandungan analisis keatas karya seni catan wanita tahun 1970 hingga 1990. Seramai tiga orang pelukis wanita tempatan telah dikenalpasti menggagaskan nilai Melayu dalam pengkaryaan. Terdapat unsur-unsur kesenian Melayu tradisi seperti motif batik, corak geometrikal Islam, objek-objek kraf Melayu dan motif-motif peribumi diaplikasikan. Kajian ini diharap memberi kesedaran kepada generasi muda agar terus mengangkat seni warisan bangsa melalui seni dekoratif.
Metadata
Sumber Maklumat: | UiTM Institutional Repository |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Adat Tradisi Adat dan Budaya Melayu > Budaya Melayu Adat dan Budaya Melayu > Kesenian Melayu |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 29 Sep 2020 03:37 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Manifestasi; Gagasan Melayu; Seni catan; Dekoratif; Kesenian Melayu |