Harun, Mazlina (2001) Sejarah Sebagai Pengajaran Moral Dalam Konteks Historiosofi Melayu : Satu Interpretasi Terhadap Hikayat Raja Pasai dan Sejarah Melayu. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Historiografi Melayu mempunyai nilai sejarah tersendiri yang jauh berbeza daripada konsep pensejarahan Barat. Walau bagaimanapun, dalam kajian ini penulis cuba membuktikan bahawa karya tersebut juga harus dianggap sebagai karya historiosofi Melayu, yakni karya tentang falsafah sejarah orang Melayu. Bagi pengarang Melayu, sejarah tidak hanya dilihat sebagai peristiwa masa lampau yang menampilkan fakta kebenaran, sebaliknya sejarah merupakan sesuatu yang boleh dijadikan bahan pengajaran atau pendidikan moral kepada manusia. Kelahiran karya sastera bercorak sejarah dianggap dapat memberi manfaat atau faedah kepada generasi terkemudian melalui, falsafah moral yang diserapkan di sebalik peristiwa sejarah. Dalam kajian ini, penulis akan membuat interpretasi dengan mengaplikasikan teori 'sfera faedah' oleh Braginsky yang dapat memperjelaskan konsep historiosofi Melayu. Berteraskan konsep historiosofi Melayu, penulis menganalisis secara khusus dan mendalam ke atas teks Hikayat Raja Pasai dan Sejarah Melayu.
Metadata
Sumber Maklumat: | Perpustakaan Hamzah Sendut, USM |
---|---|
Taksonomi: | Kesultanan dan Pemerintahan > Sejarah Ketamadunan Melayu > Sejarah Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Rumpun Melayu Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Sejarah Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Malaysia |
Bidang: | Kesultanan dan Pemerintahan |
Tarikh Muatnaik: | 09 Jul 2020 01:05 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Historiosofi, Historiografi, Malaysia, Melayu, Sejarah Melayu, Raja Pasai, Filosofi, |