Wan Ismail, Wan Roslina and Jusoh, Nafishah (2016) Pengaruh masyarakat Aceh dalam sosiobudaya masyarakat Yan, Kedah / Wan Roslina Wan Ismail dan Nafishah Jusoh. In: Seminar Institusi Raja dalam Manuskrip Melayu (SIRaj 4), 29 September 2016, Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Dasar perluasan kuasa pemerintahan Mahkota Alam yang terkenal dengan keagungan dan kepewiraan telah banyak membawa masuk orang Kedah ke Aceh dan orang Aceh ke Kedah. Pada abad ke- 20 terhentinya kegiatan orang Aceh untuk meluaskan tanah jajahan dan hubungan dengan negeri-negeri di Tanah Melayu termasuk Kedah. Hubungan ini terjalin semula kerana urusan perdagangan dan keagamaan. Peperangan antara Acheh-Belanda juga membawa kepada penghijrahan secara besar-besaran orang Aceh ke Kedah dengan tumpuan ke daerah Yan. Penghijrahan sesuatu masyarakat biasanya membawa masuk budaya yang diamalkan oleh masyarakat. Masyarakat pendatang ini menerima pengaruh baru dan lama yang akhirnya diasmilasikan dalam kehidupan seharian mereka. Makalah ini cuba untuk membincangkan pengaruh masyarakat Aceh yang tinggal di Yan Kedah. Kajian ini juga bertujuan untuk meninjau proses asmilasi sosiobudaya masyarakat Aceh ini. Hasil kajian menunjukkan masyarakat Aceh wujud sehingga hari ini dan meninggalkan impak besar kepada masyarakat di Yan khususnya dan amnya kepada masyarakat Malaysia. Kepesatan ekonomi dan dan kemajuan negara telah meninggalkan impak yang besar kepada masyarakat ini khususnya dalam bidang keagamaan, ekonomi, budaya dan sastera. Penghijrahan keluar dari Yan telah menyebabkan masyarakat ini wujud di mana sahaja di negara ini pada masa ini. Golongan ini telah meneraju pelbagai bidang seperti sektor ekonomi, politik, sastera budaya, sosial dan keagamaan. Dapatan kajian menunjukkan pengaruh masyarakat meninggalkan impak yang besar kepada masyarakat setempat dan masyarakat luar. Mereka boleh memainkan peranan yang penting apabila diberi kepercayaan dan tanggungjawab. Masyarakat ini mementingkan adat dan budaya seharian sehingga ke hari ini.
Metadata
Sumber Maklumat: | Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Institusi Raja (Siraj IV) Hubungan Luar Kesultanan Melayu pada 29 September 2016 di Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur, anjuran Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia. |
---|---|
Taksonomi: | Kesultanan dan Pemerintahan > Institusi Kesultanan |
Bidang: | Kesultanan dan Pemerintahan |
Tarikh Muatnaik: | 06 Oct 2016 09:23 |
Kata Kunci: | Masyarakat Aceh, Penghijrahan, Sosiobudaya, Pengaruh |