Yetno, Suprayitno (2016) Hubungan Kerajaan Melaka dengan Kampar (Sumatera) dengan kewujudan Kerajaan Perak / Dr. Suprayitno. In: Seminar Institusi Raja dalam Manuskrip Melayu (SIRaj 4), 29 September 2016, Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Sejarah Kerajaan Perak tidak sempurna sekiranya dipisahkan dengan Pulau Sumatera, Indonesia. Perkara ini dapat difahami kerana pelbagai sumber sejarah seperti Sejarah Melayu, Salasilah Raja-Raja Perak, dan laporan orang Portugis (Tome Pires) telah merekodkan adanya hubungan sejarah antara negeri Perak dengan Pulau Sumatera pada masa pengasasannya. Sebagai sebuah bandar, Kampar begitu penting kepada Melaka, untuk mengawal jalan bekalan perdagangan emas dan lada dari kawasan pedalaman Minangkabau (Tanah Datar) ke Selat Melaka, China, Timur Tengah dan Eropah. Penguasaan terhadap Kampar bererti Melaka mendapatkan ufti dan cukai daripada urusan perdagangan yang melalui Sungai Kampar. Ini bermakna dengan menganalisis kemewahan Kampar dan jalan perdagangan yang menyusuri Sungai Kampar dapat diketahui bagaimana jalinan budaya dan hubungan antara etnik daripada kawasan pedalaman Minangkabau dan masyarakatMelayu yang tinggal di sepanjang Sungai Kampar dengan bangsa-bangsa lain di Selat Melaka. Sejak zaman dahulu, Sungai Kampar, Inderagiri dan Siak, Jambi telah menjadi jalan penghubung antara dunia pedalaman Sumatera Tengah dengan Selat Melaka Kawasan hulu ketiga Sungai Kampar telah menjadi tempat bermukim masyarakat Minangkabau. Setelah Melaka ditakluki oleh kuasa Portugis, Sultan Mahmud Syah telah berundur ke Kampar dan berusaha mengumpul kekuatan untuk merebut kembali Kota Melaka daripada Portugis. Walau bagaimanapun, usaha ini gagal sehingga Sultan Mahmud Syah mangkat kemudiannya digantikan oleh putera baginda, Raja Ali. Raja Muzafar sebagai putera pertama Sultan Mahmud Syah telah diusir daripada Kampar kemudiannya mendirikan Kerajaan Perak pada 1529 M. Secara gambaran umum, isu-isu di sekitar hubungan luar Melaka dengan Kampar sehingga kewujudan Kerajaan Negeri Perak akan dibincangkan dalam kertas kerja ini. Secara naratif, sejarah kerajaan Perak bermula dari Kampar.
Metadata
Sumber Maklumat: | Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Institusi Raja (Siraj IV) Hubungan Luar Kesultanan Melayu pada 29 September 2016 di Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur, anjuran Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia. |
---|---|
Taksonomi: | Kesultanan dan Pemerintahan > Institusi Kesultanan |
Bidang: | Kesultanan dan Pemerintahan |
Tarikh Muatnaik: | 06 Oct 2016 09:15 |
Kata Kunci: | Hubungan Luar, Melaka, Kampar, Perak & Melayu |
Download
Filename: K_SUPRAYITNO USU 16.pdf