Hussin, Muhammad Saiful Haq and Syahrani, Agus (2016) Ritual Faradje’ sebagai amalan tradisi kerajaan Melayu ‘surya negara’ di Kabupaten Sanggau, Kalimantan Barat, Indonesia / Dr. Muhammad Saiful Haq Hussin dan Agus Syahrani. In: Seminar Institusi Raja dalam Manuskrip Melayu (SIRaj 4), 29 September 2016, Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Sanggau adalah sebuah nama daripada sebuah kabupaten di Kalimantan Barat yang terletak tidak begitu jauh dari Kota Pontianak. Sebelum berubah menjadi kabupaten, di wilayah Sanggau berdiri suatu kerajaan Melayu yang sudah ada sejak abad ke-4 Masehi. Dalam konteks hubungan dengan pihak luar seperti kerajaan Pontianak, kerajaan Sanggau telah dihadiahkan sepucuk meriam bernama „Segenter Alam‟ yang masih terdapat sehingga kini dan ditempatkan di rumah adat. Sebagai balasannya pula kerajaan Pontianak telah dihadiahkan kayu balak berlian yang digunakan untuk pembinaan istana yang berkekalan hingga sekarang di bahagian hadapan kraton Pontianak. Hubungan juga terjalin melalui perkahwinan di antara Ratu Godok, iaitu puteri kepada Pangeran Paku Kesuma Negara dengan Raja Sekadau. Semasa pemerintahan Panembahan Mohamad Thahir II, beliau telah bertindak mengatur sempadan geografi wilayah kekuasaan dengan kerajaan Brunei. Sehubungan dengan itu juga Kerajaan Sanggau telah dihadiahi „Meriam Naga‟ yang hanya akan dibunyikan sebagai adat ketika seseorang raja itu mangkat. Dalam pada itu kerajaan Sanggau terkenal dengan kesenian tradisi „Faradje‟, iaitu suatu kebudayaan yang unik dalam masyarakat Melayu. Tradisi faradje‟ telah lahir dan menjadi kebudayaan tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Melayu sejak zaman berzaman lagi. Dalam kitab yang ditulis oleh Syeikh Nefzawi sekitar abad ke-16 „faraji‟ atau „faraj‟ bermaksud menyelamatkan diri daripada nasib buruk. Namun, pengamalan adat dan kegiatan faradje‟ yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Sanggau dari dahulu hingga sekarang didapati mempunyai keunikannya yang tersendiri. Bagi tujuan menyemarakkan acara tradisi ini, upacaranya telah dijadikan sebagai acara tahunan pada setiap 26 hingga 29 Ogos setiap tahun. Sehubungan dengan itu juga bagi tujuan meneruskan hubungan dengan pihak luar, setiap tahun upacara ini diadakan akan dijemput dan dihadiri oleh raja-raja se-Nusantara, kepala-kepala pemerintahan di Kalimantan Barat, Kepala Tentera Indonesia di Sanggau dan juga tokoh-tokoh masyarakat dari Kabupaten Sanggau khasnya dan juga dari seluruh Nusantara amnya. Pelestarian adat tradisi ini terus menerus dikembangkan bertujuan memenuhi slogan „Tak Kan Melayu Hilang di BUMI‟ berpaksikan kepada tauhid terhadap Allah s.w.t sebagaimana yang diucapkan oleh Drs. H. Gusti Arman, M. Si. selaku Pangeran Ratu Surya Negara sekarang.
Metadata
Sumber Maklumat: | Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Institusi Raja (Siraj IV) Hubungan Luar Kesultanan Melayu pada 29 September 2016 di Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur, anjuran Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia. |
---|---|
Taksonomi: | Kesultanan dan Pemerintahan > Institusi Kesultanan |
Bidang: | Kesultanan dan Pemerintahan |
Tarikh Muatnaik: | 06 Oct 2016 08:40 |
Kata Kunci: | Sanggau, faradje‟, Pontianak & Surya Negara |
Download
Filename: K_SAIFUL HAQ UM 16.pdf