Mohd. Tahir, Ungku Maimunah, ed. (2010) Kedudukan ilmu dalam kesusasteraan : teori & praktis. Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. ISBN 9789832457220

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Islam dan Barat – dua tradisi penulisan dengan konsep ilmu masing-masing jelas memainkan peranan penting dalam kegiatan sastera di Malaysia. Kehadiran dua tradisi besar ini mengundang beberapa soalan pokok yang memerlukan penjelasan. Antara yang terpenting: bagaimanakah didamaikan keyakinan Islam yang mentauhidkan Allah SWT itu dengan teori-teori Barat, khususnya yang terkini, yang menolak aspek kerohanian dan kewujudan Ilahi? Adakah tulisan kreatif dan kritikan kita memperlihatkan kepekaan terhadap perkara penting ini; dan jika ya, bagaimanakah kepekaan tersebut diperlihatkan dalam tulisan yang dihasilkan? Atau, adakah perkara ini dianggap tidak relevan dan oleh itu tidak perlu dipertimbangkan dalam penghasilan tulisan? Atau mungkinkah fahaman dan teori Barat ini dimanfaatkan dengan menjadikan Islam sebagai rujukan asas dalam menentukan kesesuaiannya? Bagaimana ini dapat dilaksanakan cuba ditangani dalam buku ini, dengan menjelaskan seberapa terang yang mungkin kedudukan kedua-dua tradisi itu dan sejauh mana kedua-duanya boleh bertemu dalam bidang-bidang dan aspek-aspek tertentu. Buku ini mengajak pembaca memikirkan dengan mendalam persoalan ini, terutama sekali dalam kalangan ahli akademik, pengkritik sastera dan para sasterawan.
Metadata
Taksonomi: | Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Bahasa Melayu Islam dan Keintelektualan Melayu > Karya > Bidang Ilmu > Ilmu Bahasa dan Sejarah Islam dan Keintelektualan Melayu > Karya > Tulisan > Bidang ilmu Islam dan Keintelektualan Melayu > Karya > Bahasa > Melayu Islam dan Keintelektualan Melayu > Karya > Tulisan > Rumi / Latin |
---|---|
Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 22 Apr 2020 14:51 |
Kata Kunci: | Kesusasteraan Melayu, Intelektual Melayu, Sejarah Kesusasteraan Melayu |