Bashah, Abdul Halim (2010) Raja Campa dan Dinasti Jembal dalam Patani Besar /Abdul Halim Bashah. Pustaka Reka, Kubang Kerian, Kelantan.
Bashah, Abdul Halim (2010) Raja Campa dan Dinasti Jembal dalam Patani Besar /Abdul Halim Bashah. Pustaka Reka, Kubang Kerian, Kelantan.
Bashah, Abdul Halim (2010) Raja Campa dan Dinasti Jembal dalam Patani Besar /Abdul Halim Bashah. Pustaka Reka, Kubang Kerian, Kelantan.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Patani pada suatu ketika dahulu pernah bersama Kelantan dalam suatu pemerintahan atau di lain perkataan keduanya terangkum dalam satu kesatuan dan kebudayaan dan sama-sama mempunyai tamadun yang lebih awal. Sewaktu keduanya ( ketika itu bernama Langkasuka dan Medang Gana) berada dalam ‘YAWADWIPA’ atau Chryse Chersonesos dalam abad pertama dahulu maka telah muncul sebagai ibu kepada sejarah bangsa Melayu di Nusantara. Bermula dari sinilah kebudayaan Jawa ( Melayu dalam erti kata yang lebih luas) melebar hingga ke seluruh Asia Tenggara. Kerana itulah dalam setiap kajian sejarah tamadun mengenai kerajaan, politik mahupun tamadunnya Patani dan Kelantan selalu berkait rapat. Hakikat inilah yang diabadikan oleh Raja Sakti Pembangunan Keluarga Di Raja Jembal (Kelantan) dalam bentuk simbolik dan lambang dua ekor Kijang Kencana (berbulu keemasan) peliharaan Cik Siti Wan Kembang yang kemudian menjadi lambang kerajaan Jembal. Lambang ini juga yang digunakan semasa baginda memerintah PATANI BESAR dan akhirnya menjadi lambang (setelah diubahsuai) kepada kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim. Nama Patani mula muncul pada abad ke 15. Adapun raja-raja yang memerintah Patani bermula dari Sultan Ismail Muhammad Syah (Phya Tu Intira/Indera) keturunan Sultan Muhammad Tahir, Raja Ligor. Sultan Muhammad Tahir ialah putera kepada Raja Bharubhasa (kekanda Raja Sulaiman Syah), Raja Langkasuka di abad ke 14, titisan dari Maharaja Srimat Trailokyaraja yang bergelar Maharaja Bukit Siguntang. Timbulnya dakwaan mengatakan raja-raja Patani adalah dari keturunan Cau Seri Bangsa adalah ekoran episod dimana seorang anak raja Siam bernama Rama Raja (yang bergelar Cau Seri Bangsa) berjaya menewaskan membunuh Raja Sulaiman Syah dalam satu peperangan. Cau Seri Bangsa berazam sekiranya kemenangan berpihak kepadanya maka ia akan memeluk Islam. Apabila terjadinya ketegangan politik antara raja-raja Melayu Patani dan Johor maka timbullah semacam ‘combat de pretige’ (penulis meminjam kalimah yang sering digunakan oleh A. teeaw) dimana di dalam Salalatul Salatin ( Sejarah Melayu ) yang ditulis oleh Tun Sri Lanang, seolah-olah tampak cuba menonjolkan kelemahan di pihak Patani dengan membabitkan keturunan dan bangsa raja-raja Melayu Patani yang kononnya keturunan Siam ( kerana disusur galurkan dengan Cau Seri Bangsa). Supaya timbul kelak atau akan dikatakan bangsa yang sememangnya menjadi musuh tradisi kepada kerajaan-kerajaan Melayu di Semenanjung. Tun Seri Lanang mungkin berbuat demikian kerana dia sendiri muncul dari kalangan pembesar (Bendahara) Johor. Dan barangkali mempunyai tanggungjawab moral untuk membela hak dan kebenaran di pihaknya. Nyatalah Tun Seri Lanang sebenarnya (atau mungkin secara tidak disengajakan) telah memutar belitkan fakta dan data sejarah dimana Patani telah menjadi mangsa kerana yang timbul kemudiannya ialah kesan neratif sejarah yang lain pula. Oleh kerana kurang telitinya sesetengah penulis-penulis sejarah maka tulisan Tun Seri Lanang ini dianggap sebagai sumber mantan yang paling benar. Selepas Ratu Kuning, pemerintah Patani diambil olah keturunan Kerabat D’raja Kelantan. Pada masa ini, Patani digabungkan bersama Kelantan, Terengganu, Senggoro dan Patthalung dalam kesatuan ‘Patani Besar’ oleh Raja Sakti, Pembangun Dinasti Jembal. Puteranya, Raja Bahar telah ditabal menjadi raja Patani bersama permaisurinya Raja Mas Kelantan. Patani sekali lagi bertukar tangan, kali ini Raja Sakti II yang menjadi Raja Patani Besar telah melepaskan kuasanya kepada Long Baha, menentunya dari keturunan Datu Nik Mustapha (bekas Datu Wilayah Jambu) yang menjadi Raja Champa (Kambayat Nagara). Keturunan inilah yang kemudiannya memainkan peranan besar dalam percaturan politik negeri Patani dan Kelantan.
Metadata
Taksonomi: | Kesultanan dan Pemerintahan > Institusi Kesultanan Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Sejarah |
---|---|
Bidang: | Kesultanan dan Pemerintahan |
Tarikh Muatnaik: | 21 Oct 2016 06:02 |
Kata Kunci: | Pattani (Thailand); Kelantan; Terengganu |
Download
Filename: B_ABDUL HALIM BASHAH.pdf