Malaysia, Jabatan Penerangan (1977) Makam Diraja Bukit Melawati, Istiadat Pembukaan Rasmi Oleh Sultan Selangor, Kuala Selangor. [Image]
Malaysia, Jabatan Penerangan (1977) Makam Diraja Bukit Melawati, Istiadat Pembukaan Rasmi Oleh Sultan Selangor, Kuala Selangor. [Image]
Malaysia, Jabatan Penerangan (1977) Makam Diraja Bukit Melawati, Istiadat Pembukaan Rasmi Oleh Sultan Selangor, Kuala Selangor. [Image]
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Istiadat pembukaan rasmi makam diraja bukit melawati, kuala selangor telah dilakukan oleh duli yang maha mulia sultan selangor hari ini (30hb disember, 1977). Istiadat perasmian tersebut adalah merupakan istiadat yang bersejarah berhubung dengan riwayat keagungan kerajaan melayu selangor yang berpusat di kuala selangor. Kota melawati mempunyai kesan sejarah yang menunjukkan kegigihan dan keperwiraan pembesar-pembesar melayu menentang penaklukan kuasa oleh belanda dan inggeris di abad-abad ke-17 dan 18. Di sinilah tempat dimakamkan almarhum sultan-sultan selangor dalam abad tersebut iaitu almarhum sultan salehuddin, sultan selangor pertama (1765-1770), almarhum sultan ibrahim, sultan selangor yang kedua (1770-1826) dan almarhum sultan mohamad, sultan selangor yang ketiga (1826-1857). Bagi menjadikan tanda peringatan dan kenang-kenangan kepada sekalian rakyat negeri selangor, baginda sultan selangor telah menitahkan supaya diperbaiki dan dibangunkan semula bangunan makam diraja ini yang menelan belanja sebanyak rm120,000. Gambar menunjukkan sultan selangor sedang mengikat kain di batu nisan bagi perasmian istiadat tersebut. Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor (ketiga dari kanan) bersama-sama Raja Puan Muda Selangor sedang menyaksikan acara tersebut
Metadata
Sumber Maklumat: | Arkib Negara Malaysia |
---|---|
Taksonomi: | Kesultanan dan Pemerintahan > Institusi Kesultanan Kesultanan dan Pemerintahan > Makam Diraja |
Bidang: | Kesultanan dan Pemerintahan |
Tarikh Muatnaik: | 20 Apr 2020 23:20 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Makam Diraja Selangor; Bukit Melawati; Sultan Selangor; Selangor (Malaysia) |