Yaapar, Md. Salleh (2014) Peri nama, asal usul dan identiti Melayu : ke arah pencerahan yang dinantikan / Prof. Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Nama, asal usul dan identiti Melayu sudah lama dibicarakan. Banyak sarjana dalam bidang-bidang berkaitan seperti bahasa, budaya, sejarah, antropologi dan genomik (genomics) telah ikut menyumbang. Beberapa pandangan dan teori yang berbeza, khususnya tentang nama Melayu, tempat asal, migrasi dan identiti mereka, telah diutarakan. Antaranya ada yang telah lapok, kabur dan mengelirukan, tetapi tetap menjadi pegangan. Sebaliknya, ada pula yang segar dan jelas, tetapi tidak mendapat dokongan. Kertas ini bertujuan membincang dan menimbang secara perbandingan beberapa pandangan yang berbeza tentang perkara-perkara tersebut. Ia bertitik-tolak pada amatan saya bahawa sebenarnya sudah wujud pandangan dan teori yang jelas dan mantap tentang nama Melayu, tempat asal, migrasi dan identiti mereka. Pandangan-pandangan dan teori ini akan ditonjolkan dan dikukuhkan daripada perspektif kajian genomik, budaya dan folklor. Saya yakin hasil kajian ini dapat memberi pencerahan kepada satu subjek penting tentang orang Melayu yang telah lama terbiar dalam kekaburan dan kekeliruan.
Metadata
Sumber Maklumat: | Dewan Bahasa dan Pustaka |
---|---|
Taksonomi: | Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Budaya Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Sejarah |
Bidang: | Asal-Usul Melayu : Sumber Genetik |
Tarikh Muatnaik: | 06 Oct 2016 05:14 |
Kata Kunci: | Identiti Melayu, asal usul, migrasi, Melayu, budaya |