Mohd, Samsudin (2013) Tawarikh Yang Maha Mulia Ibrahim Sultan Johor: sebuah karya sejarah negeri Johor dalam zaman pentadbiran british / Mohd Samsudin. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 40 (2). pp. 75-92. ISSN 2180-0251

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Tawarikh Yang Maha Mulia Ibrahim Sultan Johor adalah merupakan sebuah penulisan oleh Dato’ Paduka Seri Setia Haji Mohd Said bin Haji Sulaiman. Karya ini merupakan karya kedua yang ditulis oleh Dato’ Haji Mohd Said selepas karya Tawarikh Almarhum Sultan Abu Bakar. Dato’ Mohd Said memperkenalkan karya ini sebagai hikayat, manakala pada hari ini ia merupakan sebuah penulisan sejarah yang mengisahkan kehidupan Sultan Ibrahim serta pemerintahan baginda di negeri Johor sehingga zaman kedatangan pasukan tentera Jepun (1941). Karya ini banyak memuatkan peristiwa sejarah yang berlaku bukan sahaja di negeri Johor, malahan perkembangan yang berlaku di England dan negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Penulisan artikel ini adalah berasaskan kepada kajian teks Tawarikh Yang Maha Mulia Ibrhaim Sultan Johor. Artikel ini akan mengkaji teks berkenaan dan hubung-kaitnya dengan perkembangan sejarah dan juga hubungannya dengan zaman pentadbiran British di negeri Johor. Perbincangan juga akan tertumpu kepada penilaian terhadap kedudukan karya ini sebagai sebuah dokumen sejarah
Metadata
Sumber Maklumat: | UKM Journal Article Repository |
---|---|
Taksonomi: | Kesultanan dan Pemerintahan > Institusi Kesultanan Kesultanan dan Pemerintahan > Institusi Kesultanan > Sejarah |
Bidang: | Kesultanan dan Pemerintahan |
Tarikh Muatnaik: | 11 Apr 2020 00:14 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | Sejarah Johor, historiografi, zaman pentadbiran British |