Ghazali, Abdullah Zakaria (2016) Sejarah perjuangan dan pemerintahan kerajaan Melayu / Abdullah Zakaria Ghazali. In: Konvensyen Nasional Penyatuan Bangsa "Menyingkap Perjuangan Bangsa", 8 - 10 November 2016, Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam, Selangor. (Submitted)

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Sebelum lahirnya Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, Persekutuan Tanah Melayu dikenali sebagai Semenanjung Emas, Semenanjung Melayu, Semenanjung Tanah Melayu, dan Negeri Melayu. Apabila British terlibat dalam pentadbiran kerajaan Melayu, negeri Melayu Pulau Pinang (asalnya sebahagian dari Kedah), Melaka, dan Singapura (asalnya sebahagian dari Johor) dinamakan negeri Selat; Perak, Selangor Negeri Sembilan dan Pahang sebagai Negeri Melayu Bersekutu; Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor sebagai Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Kemudiannya apabila British kembali semula berkuasa selepas Jepun menyerah kalah, namakan pula sebagai Malayan Union. Seterusnya pada tahun 1948 dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, negara berdaulat dan Raja berpelembagaan. Sepanjang sejarah kerajaan Melayu sehingga 1957, Raja Melayu terlibat dalam perjuangan menentang penjajah; selain itu kedaulatan Raja Melayu tidak pernah putus sehingga hari ini. Dalam pada itu Raja Melayu menempoh berbagai pengalaman pemerintah sebelum kedatangan kuasa barat Portugis, Belanda, British, dan selepasnya sehingga mencapai kemerdekaan pada 1957. Malahan Raja Melayu mengalami perkembangan, kesinanbungan dan perubahan selepas mencapai Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Sehubungan itu kertas ini akan membincangkan perjuangan Raja Melayu sehingga Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, dan keduanya pemerintahan Raja Melayu sebelum dan selepas kemerdekaan.
Metadata
Sumber Maklumat: | Laman sesawang Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK), UiTM |
---|---|
Taksonomi: | Kesultanan dan Pemerintahan > Sejarah Kesultanan dan Pemerintahan > Sembilan Sultan dan Raja-Raja Melayu |
Bidang: | Kesultanan dan Pemerintahan |
Tarikh Muatnaik: | 14 Nov 2016 09:24 |
Kata Kunci: | Raja dan pemerintah, Kemerdekaan, Persekutuan Tanah Melayu |