Mustafa, Rosnah and Sarbini-Zin, Monaliza and Meor Osman, Wan Robiah and Mohd Deli, Radina and Pit,, Salina and Kamil, Siti Marina and Abdullah, Nur Ardini Jian (2014) Estetika nilai keislaman dalam tradisi lisan masyarakat Melayu Sarawak / Rosnah Mustafa. In: Prosiding Seminar Antarabangsa Psikolinguistik III (SEAPSIL III) 2014. (Submitted)

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Masyarakat Melayu Sarawak merupakan salah satu masyarakat terbesar di Kepulauan Borneo yang mempunyai adat dan budaya warisan yang ditunjangi dengan nilai keislaman. Pengaruh Islam dalam tradisi lisan masyarakat ini dapat dilihat menerusi nyanyian, syair, puisi, zikir, pantun, dan sebagainya. Ketinggian akal budi masyarakat ini yang memaparkan estetika nilai keislaman menjadi salah satu identiti masyarakat Islam di Kepulauan Borneo. Kajian deskriptif ini memanfaatkan tradisi lisan menerusi nyanyian dan zikir yang mencerminkan nilai keislaman yang telah lama bertapak di Bumi Kenyalang. Selain itu, kajian ini juga memerihalkan aspek budaya dan pemikiran yang terserlah menerusi tradisi lisan yang diteliti. Pemerian data tradisi lisan ini penting untuk dikemukakan kepada masyarakat umum sebagai catatan penyelidikan dalam merekod, menyimpan serta memelihara khazanah dialek Melayu di Borneo khususnya dan di Malaysia amnya.
Metadata
Sumber Maklumat: | Universiti Malaysia Sarawak Institutional Repository |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Adat Tradisi Adat dan Budaya Melayu > Budaya Melayu Islam dan Keintelektualan Melayu > Pemikiran Adat dan Budaya Melayu > Pemikiran Melayu |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 07 Nov 2016 08:00 |
Kata Kunci: | Melayu, Islam, Sarawak, Tradisi |