Abdullah Sani, Kamal Shukri (2007) Bahasa melayu:apa sudah jadi? / Kamal Shukri Abdullah Sani. PTS Professional. ISBN 9789833586431
Abdullah Sani, Kamal Shukri (2007) Bahasa melayu:apa sudah jadi? / Kamal Shukri Abdullah Sani. PTS Professional. ISBN 9789833586431
Abdullah Sani, Kamal Shukri (2007) Bahasa melayu:apa sudah jadi? / Kamal Shukri Abdullah Sani. PTS Professional. ISBN 9789833586431
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Bahasa cerminan fikiran, akal budi, budaya, jiwa atau roh sesuatu bangsa. Keintelektualan dan tamadun bangsa yang besar di dunia jelas merupakan bukti peranan terbesar bahasa sesuatu bangsa. Sejarah klasik dan moden membuktikan bahawa tamadun terbangun oleh bangsa yang memartabatkan bahasanya sendiri. Kejayaan bangsa Arab, China, Rusia, Jerman, Perancis, Jepun, Korea malah bangsa Inggeris, jelas daripada usaha yang bersungguh-sungguh memartabatkan bahasa sendiri sebagai bahasa ilmu khususnya dalam bidang sains dan teknologi.Bahasa asing dikuasai pada awalnya sebagai alat bagi menimba ilmu dan kemudiannya ilmu itu disebarkan kepada anak bangsa dalam bahasa sendiri. Kesedaran akan kepentingan menguasai pelbagai bahasa lain di negara itu tidak sekali-kali mengubah dasar bahasa di institusi pendidikan di negara berkenaan. Jati diri dan acuan mereka begitu teguh dan kental malah tidak tergugat oleh sebarang anasir ataupun hanyut oleh arus globalisasi. Mereka tidak pernah mengelirukan diri sendiri, antara peri pentingnya menguasai bahasa lain dengan usaha mendaulatkan bahasa sendiri. Menelusuri 'perjalanan bahasa' di Malaysia khususnya bahasa Melayu, kita bertemu dengan pelbagai kerenah dan isu sejak sebelum merdeka, menjelang kemerdekaan, pascamerdeka dan sehingga kini yang sentiasa menggugah, menguji dan mencabar kedaulatan, maruah dan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu walaupun telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, “Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apaapa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang oleh Parlimen...”(1999:221) atau dalam versi Inggerisnya, “The national language shall be the Malay language and shall be in such script as Parliament may by law...”(1986:143)
Metadata
Sumber Maklumat: | IIUM Library Discovery |
---|---|
Taksonomi: | Adat dan Budaya Melayu > Budaya Melayu Warisan Melayu > Bahasa |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 07 Nov 2016 03:09 |
Kata Kunci: | Bahasa Melayu, Tamadun. |
Download
Filename: Bahasa Melayu Apa Sudah Jadi.docx.pdf