Ghazali, Abdullah Zakaria (2016) Naskhah Melayu Patani mengupas sejarah dan kedaulatan kerajaan Melayu di selatan Thailand / Abdullah Zakaria Ghazali. In: Siri Seminar Naskhah Melayu 1, 29 April 2016, Bilik Sumber Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Pada hari ini Patani adalah salah sebuah wilayah Selatan Thailand Bawah, selain Songkhla (senggora), Satun (Setul), Yala ('Jalor), dan Narathiwat (Menara). Pada satu ketika dahulu, kerajaan Patani merangkumi Patani, Nongchik, Chenak, Jalor, Reman, Saiburi dan Legeh. Kerajaan Patani diasaskan Phya Tu Kerub Mahajana di Kota Mahligai, diteruskan putera baginda, Phya Tu Intira, memakai gelaran Phya Tu Naqpa, Raja Patani pertama memeluk agama Islam, memakai gelaran Sultan Ismail Shah Fil-alami. Kerajaan Patani berkembang maju ketika pemerintahan empat wanita: Raja Hijau, Raja Biru, Raja Ungu dan Raja Kuning. Keagungan Patani ini mengalami kemerosotan selepas kemangkatan Raja Kuning, perebutan kuasa dan Raja Patani silih berganti. Kemudiannya, Long Besar atau Tuan Yusof, pembesar Kampung Laut, Kelantan dilantik kerajaan Siam sebagai Raja Patani pada tahun 1845, bergelar Sultan Muhammad (Phya Pipit Pakdi), bersemayam di Cabang Tiga, Patani. Dinasti Long Besar ini mengalami cabaran, khususnya daripada kerajaan Siam dalam mempertahankan kedaulatan sebagai sebuah kerajaan Melayu. Perang dan pertempuran seringkali berlaku antara dua belah pihak. Akhirnya kedaulatan kerajaan Patani mengalami kemerosotan; kerajaan Patani dibentuk dengan panggilan Sistem Thesaphiban yang dirujuk sebagai Tujuh Buah Negeri Melayu (Khaek Chek Huamuang): Patani, Yaring, Yala, Nongchik, Rangae, Raman dan Saiburi.
Metadata
Sumber Maklumat: | UM Research Repository |
---|---|
Taksonomi: | Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Etnik > Melayu Pattani Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Sejarah Kesultanan dan Pemerintahan > Institusi Kesultanan > Sejarah |
Bidang: | Asal-Usul Melayu : Sumber Genetik |
Tarikh Muatnaik: | 04 Nov 2016 09:56 |
Kata Kunci: | Kerajaan Pattani, Siam, Songklah, selatan Thailand, raja Melayu |