Abdullah, Fatimah and Musa, Mohamad Zain and Mat Zain, Farid (2010) Perkahwinan dan keluarga dalam masyarakat Cam / Fatimah Abdullah, Mohamad Zain Musa dan Farid Mat Zain. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 28 (2). pp. 155-173. ISSN 0127-2721

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Keluarga merupakan satu institusi penting dalam pembentukan sesebuah masyarakat. Dalam masyarakat tradisional, keluarga berfungsi sebagai penggerak dalam aspek ekonomi, sosial, pendidikan dan agama. Ahli-ahlinya saling bekerjasama atau bantu membantu dalam aktiviti produktif, bersamasama mendidik anak-anak baik dalam perkara berkaitan dengan kemahiran hidup mahupun hal keagamaan. Sungguhpun aktiviti kerja dibahagikan mengikut gender, seluruh ahli keluarga dan sanak saudara saling menghulurkan bantuan terutamanya semasa kesusahan atau upacara-upacara kekeluargaan seperti perkahwinan dan kematian. Hal ini tidak menghairankan kerana kebanyakan ahli keluarga tinggal berdekatan atau tinggal dalam perkampungan yang sama. Kini jalinan hubungan tradisional yang berasaskan kepada ikatan kekeluargaan itu semakin terhakis apabila berlaku pemodenan dan diikuti pula oleh perbandaran telah menyebabkan elemen tersebut meresap masuk ke dalam masyarakat tradisional. Penghijrahan golongan muda ke bandar untuk ikut serta dalam aktiviti bandar dan kewujudan bentuk serta pola kerja yang baru telah banyak merubah pola perkahwinan dan jalinan hubungan keluarga dalam masyarakat tradisional. Sehubungan dengan huraian di atas, makalah ini cuba mengupas hal-hal berkaitan dengan pola perkahwinan dan jalinan hubungan kekeluargaan dalam masyarakat Cam. Persoalan yang akan dikupas ialah apakah pola perkahwinan dan keluarga dalam masyarakat berkenaan telah berubah yakni daripada perkahwinan bersifat endogami kepada exogami? Bagaimana pula dengan struktur dan hubungan kekeluargan dalam masyarakat berkenaan? Berkait dengan persoalan-persoalan juga apakah faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan tersebut selain daripada faktor seperti yang dinyatakan di atas. Data yang dibentangkan dalam makalah ini adalah didasarkan kepada kajian yang telah dilakukan terhadap masyarakat Cam di Malaysia dan di Kemboja.
Metadata
Sumber Maklumat: | UKM Journal Article Repository |
---|---|
Taksonomi: | Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Budaya Asal Usul Melayu : Sumber Genetik > Etnik > Melayu Campa |
Bidang: | Asal-Usul Melayu : Sumber Genetik |
Tarikh Muatnaik: | 04 Nov 2016 08:47 |
Kata Kunci: | Keluarga, perkahwinan, perubahan, hubungan kekeluargaan, etnik |