Ismail, Noor Hafiza (2013) Budaya dan tradisi seni anyaman Melayu / Noor Hafiza Ismail. In: Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu.
Ismail, Noor Hafiza (2013) Budaya dan tradisi seni anyaman Melayu / Noor Hafiza Ismail. In: Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu.
Ismail, Noor Hafiza (2013) Budaya dan tradisi seni anyaman Melayu / Noor Hafiza Ismail. In: Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Masyarakat melayu terdahulu terkenal dengan bangsa yang kreatif dan berdaya saing dalam bidang seni kraf sehingga terhasilnya pelbagai jenis anyaman yang sangat dikagumi sehingga ke hari ini. Penghasilan anyaman secara tidak langsung menjadi salah satu sumber pendapatan masyarakat kampong dan negara dalam bidang pelancongan. Ia dapat menaikkan seni kraf anyaman melayu ke serantau dunia melalui para pelancong yang datang ke Malaysia. Penghasilan anyaman tradisi dari pelbagai sumber bahan mentah yang terdapat di alam rimba Malaysia turut mempengaruhi proses penghasilan rekabentuk produk yang unik dan menarik. Oleh itu, aktiviti anyaman tradisi melayu perlu dipelihara supaya generasi akan datang dapat mengenali dan menghargai seni anyaman warisan. Tanpa pelbagai usaha yang berterusan seni anyaman ini akan terus pupus ditelan arus permodenan yang sentiasa bergerak pantas. Walaupun seni anyaman mengalami persaingan sengit dengan penghasilan pelbagai jenis barangan moden yang lebih tahan lama, ringkas dan murah namun ia tetap harus dipertahankan memandangkan tanpa sebarang warisan sesuatu bangsa itu tidak akan dipandang tinggi oleh masyarakat luar. Anyaman turut menjadi kebanggaan masyarakat melayu yang mana ia memaparkan masyarakat melayu pada ketika itu diantara golongan bijak pandai. Ini kerana pada ketika itu,masyarakat tanah melayu belum memberi penekanan dalam bidang pendidikan seperti pada hari ini tetapi mereka masih mampu menghasilkan pelbagai jenis anyaman yang memerlukan ketangkasan dalam pengiraan. Ini menunjukkan kehebatan masyarakat terdahulu dalam menghasilkan sesuatu yang dapat digunakan sehingga ke hari ini disamping mempunyai nilai estetik yang tidak boleh dipertikaikan lagi.
Metadata
Sumber Maklumat: | UiTM Institutional Repository |
---|---|
Taksonomi: | Warisan Melayu > Kesenian Adat dan Budaya Melayu > Kesenian Melayu |
Bidang: | Adat dan Budaya Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 04 Nov 2016 07:54 |
Kata Kunci: | Budaya, tradisi, anyaman |
Download
Filename: PRO_NOOR HAFIZA ISMAIL IMP 13.pdf