Che Man, Che Siah (2003) Sirat Al-Mustaqim Penentu Halatuju Nilai-Nilai Peradaban Melayu Islam / Che Siah Bt. Hj. Che Man. In: Seminar Za'ba Mengenai Alam Melayu (Nilai-nilai Peradaban Melayu), 12-14 Ogos 2003, Hotel Renaissance Kuala Lumpur.
Che Man, Che Siah (2003) Sirat Al-Mustaqim Penentu Halatuju Nilai-Nilai Peradaban Melayu Islam / Che Siah Bt. Hj. Che Man. In: Seminar Za'ba Mengenai Alam Melayu (Nilai-nilai Peradaban Melayu), 12-14 Ogos 2003, Hotel Renaissance Kuala Lumpur.
Che Man, Che Siah (2003) Sirat Al-Mustaqim Penentu Halatuju Nilai-Nilai Peradaban Melayu Islam / Che Siah Bt. Hj. Che Man. In: Seminar Za'ba Mengenai Alam Melayu (Nilai-nilai Peradaban Melayu), 12-14 Ogos 2003, Hotel Renaissance Kuala Lumpur.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kertas kerja ini memberi tumpuan kepada pemikiran-pemikiran daiam teks Sirat al-Mustaqim, karya Syeikh Nurul al-Din Ar-Raniri, yang teiah aikenai pasti sebagai kitab Fiqh pertama daiam bahasa Melayu Pemikiran-pemikiran ini menjadi amaian perilaku hidup seorang Musiim Melayu di Nusantara. Perilaku ini menjadi peraturan hidup, dijiwai dan sebati, diwarisi berterusan dari generasi ke generasi. Teks ini memperihalkan asas-asas Perundangan Islam ( basic Islamic Law) yang wajib dipatuhi oleh seiiap individu Islam ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafie. Peraturan-peraturan hidup ini sekaligus menjadi nilai-nilai peradaban Melayu Islam di seluruh Asia Tenggara ( Indonesia khasnya Acheh di Sumatera, seluruh Tanah Melayu, Selatan Thailand, Filipina, Singapura dan Brunei Darussalam). Terungkap daiam teks ini daya fikir bangsa yang bertamadun, amalan hidup seharian, adab dan tatacara kehidupan sejak hari pertama kelahiran seorang insan hingga meningkat remaja, dewasa, tua dan seterusnya kembali ke alam barzah. Teks ini juga mempopuiarkan tradisi menulis di kalangan cendekia ( mengarang, menterjemah dan menyaiin - 3M), menyarankan budaya membaca bahan-bahan yang berfaedah dan membuka minda Melayu berdasarkan saranan dan mafhum wahyu pertama Ai-'Alaq ( baca tulis, ajar dan belajar), menyebar ilmu, menghapuskan buta huruf, menguasai bahasa asing untuk menjana dan menguasai ilmu, berdakwah dengan bahasa tempatan dan berhijrah untuk menikmati kehidupan yang lebih baik dan diredhai. Teks ini menjadi pemuia dan pemangkin budaya scriptoria penuiisan manuskrip kitab, membudayakan tulisan Jawi sebagai tulisan perantara dan tulisan ilmiah. Budaya jaringan di kalangan ulama dan para cendekia diamal dan diperkenalkan. Kriteria- kriteria ini menjadikan kitab Sirat al-Mustaqim ini penentu hafatuju nilai-nilai peradaban Melayu Islam. Kewujudan kitab ini besar maknanya kepada umat Melayu Islam di daerah ini, sehinggakan sampai kini isi kitab ini dicetak di tepi jidal kitab Sabil Muhtadin. Betapa benarnya nilai sejagat yang benar itu dipertahankan melalui pendokumentasian iimu sejak awa! kurun ke-16 Masehi. Demikianlah fokus kertas kerja ini.
Metadata
Sumber Maklumat: | UPSI Digital Repository |
---|---|
Taksonomi: | Islam dan Keintelektualan Melayu > Karya Islam dan Keintelektualan Melayu > Pemikiran |
Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 04 Nov 2016 04:19 |
Kata Kunci: | Sirat, Al-Mustaqim, Penentu, Halatuju, Nilai-Nilai, Peradaban, Melayu, Islam, Che Siah, Hj. Che Man |