Wan Daud, Wan Mohd Nor and Muammar, Khalif (2009) Kerangka Komprehensif Pemikiran Melayu Abad ke-17 Masihi Berdasarkan Manuskrip Durr al-Fara'id Karangan Sheikh Nurudin al-Raniri / Wan Mohd Nor Wan Daud & Khalif Muammar. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 27 (2). pp. 119-146. ISSN 0127-2721

Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Makalah ini mengkaji sebuah karya al-Raniri yang difikirkan yang terawal dan antara yang terpenting tetapi kurang mendapat perhatian para sarjana selama ini. Setelah ditemukan dan diteliti beberapa manuskrip dari Kuala Lumpur, Jakarta dan Aceh, didapati bahawa Durr al-Fara'id bi Sharh al-Aqa'id, adalah karya al-Raniri yang pertama dan yang membuktikan ketokohannya sebagai seorang ahli Kalam dan perencanaan program pendidikan sebagai ulama besar di Alam Melayu. Karya ini selesai ditulis oleh al-Raniri pada 1040 Hijriah (1630 M), beberapa tahun sebelum beliau diundang ke Aceh untuk menjadi Mufti kerajaan Aceh Darussalam. Kajian mendapati karya ini telah tersebar luas di Alam Melayu dan banyak disalin oleh para penyalin dari berbagai generasi. Karya ini juga sangat penting untuk disorot dan diperkenalkan kembali kerana ia adalah karya tentang akidah (theology), atau lebih khusus tentang iUtiqad Ahl al-Sunnah wa al-JamaUah dan meliputi pelbagai dimensi seperti epistemologi, ontologi, shariah, siyasah dan melambangkan pemikiran Melayu Islam yang sangat komprehensif. Walaupun ia adalah karya terjemahan kepada Sharh al-UAqa'id al-Nasafiyyah oleh al-Taftazani, namun al-Raniri menyumbang lebih kurang 50% daripada pemikirannya sendiri serta menyesuaikannya dengan konteks Alam Melayu. Kerana bersandarkan kepada karya besar iaituUAqa'id al-Nasafi, yang diterima luas di dunia Islam, perbincangan penting dan asasi yang terdapat dalam karya ini membuatkannya pantas disebut sebagai sebuah karya besar yang menggambarkan pandangan alam (worldview) umat Islam di Alam Melayu pada abad ke-17 dan seterusnya.
Metadata
Sumber Maklumat: | UKM Journal Article Repository |
---|---|
Taksonomi: | Islam dan Keintelektualan Melayu > Pemikiran Islam dan Keintelektualan Melayu > Tokoh Ulama |
Bidang: | Islam dan Keintelektualan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 04 Nov 2016 03:48 |
Pautan Berkaitan: | |
Kata Kunci: | al-Raniri, Durr al-Fara’id, Muslim Creed, ilm Kalam, syariah, siyasa |