Mohd Kusin, Bazliana (2000) Satu kajian tinjauan untuk mengetahui sejauh mana masyarakat Melayu bandar menganggap wanita dieksploitasi di dalam periklanan media cetak di Malaysia / Bazliana Mohd Kusin. Other thesis, Universiti Teknologi MARA Melaka.
Mohd Kusin, Bazliana (2000) Satu kajian tinjauan untuk mengetahui sejauh mana masyarakat Melayu bandar menganggap wanita dieksploitasi di dalam periklanan media cetak di Malaysia / Bazliana Mohd Kusin. Other thesis, Universiti Teknologi MARA Melaka.
Mohd Kusin, Bazliana (2000) Satu kajian tinjauan untuk mengetahui sejauh mana masyarakat Melayu bandar menganggap wanita dieksploitasi di dalam periklanan media cetak di Malaysia / Bazliana Mohd Kusin. Other thesis, Universiti Teknologi MARA Melaka.
Abstrak / Ringkasan / Sinopsis
Kajian ini dipilih bertujuan untuk mengetahui berapakah jumlahnya masyarakat Melayu bandar yang bekeIja, yang mengatakan penggunaan imej figura wanita sebagai model di dalam sesebuah iklan merupakan suatu pengeksploitasian terhadap kaum wanita. Pada hari ini dapat dilihat banyak syarikat pengiklanan mempergunakan wanita - wanita cantik sebagai model di dalam iklan-iklan produk dan perkhidmatan yang diperkenalkan oleh mereka. Namlm begitu jika dilihat pada tujuan asalnya ia hanyalah sebuah iklan yang tiada langsung mempunyai kaitan dengan imej figura wanita yang cuba ditonjolkan. Ia lebih ketara apabila imej figura wanita tersebut ditonjolkan dalam aksi dan pakaian yang kurang sopan dalam usaha untuk melariskan barangan yang diperkenalkan. Maka oleh yang demikian, kajian ini penting untuk dijalankan kerana untuk menyedarkan orang ramai akan permasalahan ini terutama kepada pihak pengiklanan serta kaum wanita itu sendiri. Mereka harus peka terhadap persoalan ini di samping cuba mencari jalan untuk mengatasinya. Untuk menjayakan penyelidikan kajian ini, beberapa kaedah digunakan dengan membuat pemerhatian terhadap masyarakat Melayu bandar yang bekeIja. Kaedah soal selidik digunakan, untuk mengetahui kadar perbandingan seramai berapa orang masyarakat Melayu bandar yang berpendapat bersetuju dengan tajuk kajian atau sebaliknya. Masyarakat Melayu bandar dipilih kerana, seperti yang telah diketahui umum bahawa masyarakat Melayu itu sendiri kaya dengan tatasusila dan nilai-nilai moralnya serta masyarakat bandar lebih rapat dengan situasi pengiklanan dan lebih memahaminya. Kaedah soal selidik ini dibahagikan kepada beberapa kategori pekerjaan iaitu pekerja swasta, pekerja kerajaan dan bekerja sendiri. Maka dengan itu saya merumuskan bahawa wanita sememangnya sentiasa mendapat perhatian dari para pengiklan untuk dijadikan sebagai 'bahan pelaris' di dalam iklan mereka. Setelah membuat kajian soal selidik terhadap 300 orang Melayu di bandar yang bekerja, seramai 99 peratus yang bersetuju dengan tajuk kajian yang dijalankan. Kebanyakan mereka mencadangkan agar visual yang digambarkan di dalam sesebuah iklan percetakan dapat diperkembangkan lagi idea yang digunakan. Ia tidak hanya memfokuskan kepada kaum wanita sahaja sebagai model pada visual tersebut. Sebagai contoh, para pengiklan boleh menggunakan subjek lain selain dari imej figura wanita sebagai subjek utama pada visual yang digambarkan. Atau mengapa tidak sahaja menggunakan produk keluaran mereka itu sendiri sebagai subjek utamanya. Walau bagaimanapun ini tidak bermaksud imej figura wanita tidak perlu digunakan langsung sebagai model sesuatu iklan. Ia masih boleh digunakan, cuma perlulah bersesuaian dengan produk yang diperkenalkan.
Metadata
Sumber Maklumat: | UiTM Institutional Repositori |
---|---|
Taksonomi: | Islam dan Keintelektualan Melayu > Pemikiran > Moden |
Bidang: | Ketamadunan Melayu |
Tarikh Muatnaik: | 04 Nov 2016 07:39 |
Kata Kunci: | Wanita, iklan, figura |
Download
Filename: TD_HAZLIANA MOHD KUSIN AD 00_5.pdf